Senarai Tugas Pengetua Sekolah

Senarai Tugas Pengetua Sekolah.  Anda hendak tahu apa tugas Pengetua sekolah? Pengetua atau guru besar adalah orang penting yang memainkan peranan yang amat besar di sekolah. Pengetua adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih uatam mereka adalah seorang pemimpin. Berikut dikongsikan senarai tugas pengetua dan guru besar sebagai panduan ibu bapa dan pelajar.


Senarai Tugas

Pengajaran Dan Pembelajaran


  1. Merancang pengajaran  tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu selepas Semester 1 bermula.
  2. Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu.
  3. Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu.
  4. Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula.
  5. Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu.
  6. Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan peperiksaan semester).
  7. Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi.

Pengurusan Kurikulum Sekolah

  1. Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember.
  2. Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program pembangunan.
  3. Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali.
  4. Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun
  5. Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan.
  6. Menyemak buku latihan pelajar 100 buah buku sebulan.
  7. Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap minggu.

Pengurusan Kurikulum Daerah

  1. Menjalankan mesyuarat panitia daerah 2 kali setahun.
  2. Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program Panitia Daerah Segamat.
  3. Menyelaras penyediaan soalan-soalan Percubaan PMR, SPM dan akhir tahun, setahun sekali.     

Pengurusan Kokurikulum Sekolah

  1. Merancang program tahunan kokurikulum sekolah dan siap pada 31 Disember.
  2. Merancang minimum 12 aktiviti setahun.
  3. Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum 1 kali setiap satu semester.
  4. Menjalankan mesyuarat kokurikulum 2 kali setahun.
  5. Menyemak rekod aktiviti-aktiviti dan kehadiran kokurikulum 1 kali setiap 1 semester.
  6. Mengurus badan-badan beruniform sekolah sepanjang tahun.
  7. Mengurus kelab/persatuan sekolah sepanjang tahun.
  8. Mengurus aktiviti permainan/olahraga sekolah sepanjang tahun.

Pengurusan Kokurikulum Daerah

  1. Menjalankan mesyuarat Panitia Kokurikulum Daerah 2 kali setahun.
  2. Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program kokurikulum daerah setahun.

Pengurusan Personal

  1. Menguruskan pengesahan jawatan/kenaikan gaji/setiap guru/kakitangan tepat pada masanya.
  2. Mengurus segala cuti/kakitangan menepati Pekeliling Perkhidmatan.
  3. Mengurus program perkembangan staff 7 hari setahun dengan kehadiran sekurang-kurangnya 95 peratus.
  4. Mengurus pendaftaran pelajar, penempatan dan pertukaran sekolah dalam masa 1 hari dari tarikh permohonan.
  5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan persional pelajar 2 kali setahun.
  6. Mengambil tindakan semua masalah/kebajikan pelajar seperti yuran peperiksaan, biasiswa, pengangkutan, cermin mata, kesihatan, SPBT dapat diselesaikan ke tahap 95 peratus.
  7. Mengambil tindakan tatatertib menepati Pekeliling Perkhidmatan.
  8. Menilai semula prestasi tahunan semua guru dan semua pekerja dan siap sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
  9. Menjelaskan bil-bil kewangan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian.

Pengurusan Fizikal Dan Keselamatan Sekolah/Asrama

  1. Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dengan diperiksa oleh jurutera bertauliah setahun sekali.
  2. Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi 2 unit pada setiap aras dan 1 unit di setiap bilik makmal/bengkel.
  3. Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun.
  4. Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap 1 semester.
  5. Menyelia rekod Pengawal Keselamatan setiap hari.
  6. Menyelia supaya tiada kes pencerobohan.
  7. Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerima barang sepanjang tahun.
  8. Menyemak stok pada akhir tahun.
  9. Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun sebelum 31 Julai pada setiap tahun.

Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah /Asrama

  1. Mengurus kebersihan dan keceriaan sekolah setiap hari.
  2. Memeriksa kebersihan kantin dan penyediaan makanan supaya bersih dan selamat setiap hari.
  3. Mengusahakan supaya sekurang-kurangnya ada sebuah taman dan mural.

Perhubungan Awam

  1. Mengadakan 3 majlis sekolah setahun.
  2. Menghadiri semua majlis rasmi luar sekolah sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus.
  3. Menerima semua perlantikan dan melaksanakan tugas AJK bagi aktiviti di luar sekolah.
  4. Ada Piagam Pelanggan dan memberi layanan pada tahap maksimum.
  5. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus.


0 comment... add one now