Cara Hilangkan Panau Atau Kurap Yang Paling Berkesan

Cara hilangkan panau atau kurap yang paling berkesan. Anda mungkin tidak selesa jika ada panau atau kurap. Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan. Tempat ini merupakan antara tempat yang mudah penyakit ini berjangkit dan ini menyebabkan pesakit tidak berasa selesa untuk bersosial.

Petua hilangkan panau atau kurap yang paling berkesan

Pun begitu, anda boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal penulis kongsikan di bawah ini. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air ataupun paling senang belilah di pasar yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Cara hilangkan panau atau kurap yang paling berkesan

Cara Merawat Kurap Dan Panau

Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan lengkuas genting ini adalah seperti berikut;

  • 1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.
  • 2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.
  • 3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.
  • 4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.
Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.

Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.

Begini caranya;
  • 1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.
  • 2. Bersihkan daun serta akar tadi.
  • 3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.
  • 4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.
  • 5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.
  • 6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.
Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.

Petua sejagat

6 comments.. read them below or add one

Lenggang Kangkung Lenggang Kangkung 04 Januari, 2013
ubat moden.. pristinex.. boleh di beli di farmasi
Battery Diagnosis Battery Diagnosis 15 Mei, 2013
dulu masa sekolah pernah ada panau,itu pun sebab hari-hari bersukan kali kira pagi,tengah hari atau petang.balik je terus mandi.terimakasih sharing!
fadhlin witra fadhlin witra 13 Mei, 2016
sy ad mnjual ubat kurap,panau,gatal2,salap..berkesan selma 3hari brturut2 pgunaan..dpt mghilngkn kesan dn gatal.. wtsp 0135978439
Aieenunggu Anan Aieenunggu Anan 01 Ogos, 2016
tolong² sya mau mencari ubat kurap tuk ank saya baa..Saya bgi pakai ubat kaki tiga merah tidak pandai sembuh..semakin bnyak.. kecian dia malu nak keluar bermain dengan kawan²..kalo bole saya nak ubat mujarab.. ws sya..0133882034