Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul

Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul. Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah.
Solat Istikharah
Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
  • Atau;
  • Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa solat sunat Istikharah


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: 
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Wallahua'lam.
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu

Moga artikel Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.



{ 99 comments.. read them below or add one }

Muhammad Hazazi Hanif Bin Bohari Muhammad Hazazi Hanif Bin Bohari 08 November, 2013
assalamualaikum. maaf bertanya kerana diri ini seorang yang jahil. adakah boleh kita melafazkan doa solat sunat istikharah ini dalam bahasa melayu? harap saudara/saudari dapat membantu
Ieylla Nur Ieylla Nur 22 November, 2013
Allah S.W.T adalh tuhan skalian mkhluk...x kira doa kte dlm bhse ape skalipun Allah Ta'ala ttp mndengar & memahaminye..smga Allah mnrima sgla doa2 & mngabulkn ape yg kte inginkn...Allah Maha Mendengar lg Maha Mengetahui
Hana Rie Hana Rie 26 November, 2013
Tasbih pd rakaat akhir.. sbyk 40x bole x dgantikan dgn bacaan biasa swaktu solat?
Rose Azaki Rose Azaki 18 Disember, 2013
Salam....mohon izin utk menggunakan maklumat ini...Tqvm..Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi & merahmati kita semua...
muhammad anwaruddin muhammad anwaruddin 10 Januari, 2014
Alhamdulillah, saya dapat 1 ilmu untuk malam ni. semoga bermanfaat pada saya dan anda semua yang membacanya. Amin
bilik jurulatih bilik jurulatih 05 Februari, 2014
Terima kasih...moga puan dirahmati allah dengan ilmu yg berguna ini
mohd zaki ali mohd zaki ali 06 Februari, 2014
Salam....mohon izin utk menggunakan maklumat ini...Tqvm..Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi & merahmati kita semua...

salman super salman super 04 Mac, 2014
sye minta izin guna maklumat ini
auni zamri auni zamri 26 Mac, 2014
halalkan sy gune maklumat ini..
nOrEmiLiA mOhD IdRiS nOrEmiLiA mOhD IdRiS 03 April, 2014
Sy mntk izin utk gunakan mklumat ini...
izzah izzah 09 April, 2014
Jazakallahukhairan kathira :)
Asep Saripudin Asep Saripudin 23 April, 2014
Semoga Alloh selalu memberikan jln yg terbaik..Amin
Ariff Ali Ariff Ali 29 April, 2014
Salam..mohon keizinan utk mnggunakn maklumat ini...smoga dbrikn rahmat drpada Allah utk smua n admin
Ila fairil Ila fairil 26 Mei, 2014
Harap halalkan maklumat ini
Admin Admin 07 Jun, 2014
info yang sangat berguna. Adakalanya niat yang baik tapi cara yang kurang tepat menjadi sebab amalan kita ditolak. Nak beramal biarlah berilmu kan..
Mohd Shahril Mohd Shahril 16 Jun, 2014
Minta izin untuk menggunakan maklumat ini Dan halalkan in shaa Allah
Rossa Calla Rossa Calla 16 Jun, 2014
Silakan, tiada masalah gunakan maklumat ini untuk tujuan kebaikan bersama
wan muhd karim mustapa wan muhd karim mustapa 25 Jun, 2014
solat yg terbaik dlm memilih
keputusan masa depan
Tanpa Nama Tanpa Nama 28 Julai, 2014
Mohon izin dan halal kan ... aku minta copy maklumat yg anda beri..
Saifuddin Abdullah Saifuddin Abdullah 04 Ogos, 2014
terima kasih atas ilmu di berikan
Zalina Hamid Zalina Hamid 09 Ogos, 2014
Mohon izin menggunakan info ini. Halalkan ya..ya
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Ogos, 2014
Bacaan tasbih ketika sujud itu wajib di baca atau terdapat bacaan yang lain?
Terima kasih atas info di atas. Semoga Allah membalas budi pekerti saudara/saudari
Abg Baharuddin Abg Baharuddin 19 Ogos, 2014
Salam minta izin cara solat INI tlg doakan untuk sya mencari Jalan keluar akan masaalah sya tk
Hati Riang Hati Riang 20 Ogos, 2014
Assalamualaikum... apakah solat yang sesuai untuk mengetahui sesuatu keputusan yg mengambil masa yang lama? Saya hanya mahu tahu keputusannya samada jadi atau tidak sahaja.
syiera syiera 08 September, 2014
Salam mohon izin untuk gunakan ilmu ni ya :)
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 September, 2014
Hati riang: waalaikumussalam, solat istikharah ni bertujuan utk kita mendapat pimpinan dan panduan dr allah..utk membuat keputusan yg tepat insyaallah, dlm erti kata laen,kte dpt guide dr allah drp bt kputusan yg slh, so xkira la utk jangka ms yg lama atau skejap... solat istikharah ni bertujuan utk memandu kita...smoga bermanfaat :)
nur nur 19 September, 2014
Terima kasih sebab ilmu berguna=)
Ads Huda Ads Huda 19 September, 2014
Subhnallah, saya senang bisa berkunjung diblog yang nuansa islami, hati jadi dingin.
Aisyah Aisyah 23 September, 2014
Asalamualaikum boleh kah solat istikhara d buat waktu siang hari?
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 September, 2014
Trima kasih..sya minta izin mngguna kn mklumat ni..
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 September, 2014
Assalamualaikum. Boleh tak klu buat dua urusan dlm satu kli solat istikharah?
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Oktober, 2014
Alhamdulillah..ilmu yg sgt berguna.sy akn praktikkan ilmu ni krn skrg sy sdg dlm keadaan keliru utk memilih teman hdp.smoga allah memberikn petunjuk kpd sy dlm mmbuat kptsan.terima ksh utk ilmu ini
Nana Deana Nana Deana 05 Oktober, 2014
Assalamualaikum. Saya seorang yang jahil tentang islam. Dlm hidup saya solat 5 waktu sehari semalam pun kekadang. Kadang saya terasa diri ni terlalu beban dan juga mungkin inilah jalan hidup saya yang terpaksa menempuhi dugaan dugaan dari Allah. Setiap hari kerap saja dugaan datang menimpa. Saya ingin dan banyak kali berniat utk kembali ke jalan Allah tapi saya xkuat sebab tiada sokongan kuat dari sekeliling. Harini saya terlintas hati ingin melakukan solat istikharah tp saya tidak pernah melakukan solat istikharah ini. Adakah orang seperti saya masih berpeluang utk kembali ke jalan-Nya? Semakin hari saya memikirkan, semakin kuat saya rasa bersalah dan tarik tali dengan niat hati ini.. Assalamualaikum
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Oktober, 2014
Assalamualaikum, Nana Deana Allah sentiasa memaafkan hambanya, sesungguhnya allah itu maha kasih. Maha penyayang. Maha pengampun.. jadi tidak salah utk melakukan sesuatu jika itu utk kembali ke jalan allah.. wallahualam.. semoga bermanfaat..dan sama2 kita ke jalan allah.,in shaa allah..
Deana Eddy Deana Eddy 23 Oktober, 2014
Terima kasih kerana memberi semangat. Insha Allah. Moga saya terus maju kembali ke jalan Allah, Amin Insha Allah
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Oktober, 2014
Guess what? Sy dtg sini lpas tgok citer mr.istikharah..tnpa diduga dpt ilmu bermanfaat. Alhamdulillah. Moga sy dpat terus berada di jln yg diredhaiNya. InsyaAllah. Amin!
faezah jalil faezah jalil 04 November, 2014
terima kasih atas perkongsian ilmu ini..
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 November, 2014
Assalamu'alaikm.mohon ijin untk menggunakn maklumat ini
Rossa Calla Rossa Calla 05 November, 2014
Walaikumsalam, silakan tuan
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 November, 2014
assalamualaikum. saya nak meminta izin untuk menggunakan info Ini. doakan saya ye ��
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 November, 2014
Assalmualaikum wbt , Selepas berpisah dengan bekas kekasih setahun yang lalu , saya telah melakukan solat istkrah sbnyk tiga kali brturut2 sblum tdo . Kami brpisah atas dasar keluarga dia yang tidak menerima sy krna mreka telah mmpunyai calon pilihan yg lain . Setelah setahun berlalu dan Sehingga ari ini boleh dikatakan setiap malam sy msih brmimpikan bekas keksih sy dan hati sy kuat mngatakan dia msih sygkan sy dan dia tidak bhgia dngn wnita plihan kluarganya . Sy keliru memikirkan hal ini dan mnjadi kusut sdikit hati dan prsaan sy stiap kali nmpak dia bersama wnita itu . Tapi knpa sy msih mmpikan dia dan msih kuat prsaan ini trhadap dia ? Mohon bantuan dan ktrangan dari pihak tuan , wallahualam terima kasih asslmualaikum :")
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 November, 2014
Setiap mlm sy masih mmpikan bekas kekasih yang sudah bhgia dngn kekasih baru pilihan keluarganya . Sudah stahun kami berpisah tapi stiap mlm sy mimpikan dia dan sy tlah lakukan istkarah sbnyk tiga kali spnjang sethun prpisah ini dan hasilnya masih sama (setiap mlm mimpikan dia) adakah ini ptunjuk wlupun dia sudah ada pilihan kluarganya ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 November, 2014
Assalamualaikum. Saya mintak izin untuk gunakan maklumat ni ye.
hamba Allah hamba Allah 18 November, 2014
Terima kasih puan ats perkongsian ilmu yg penuh dgn manfaat...
Sekadar tmbhan coretan dari sye:Kita mohon sesuatu dari yang Maha Esa..petunjuk bagi memilih antara yang tidak pasti...sebaiknya laksanakn dengan kaedah terbaik spt yg dijelaskan oleh para ulamak...ade pkr ilmuan Islam bgitau...jangan berkira dalam ibadah...buat yg terbaik ke arah memperolehi keredhaanNya..jika kira masih berkira n buat tanpa kesungguhan ibarat masuk Exam tanpa bace buku..entahkn lulus entahkn tidak..Wallahu A'lam
titan titan 19 November, 2014
tu la.

masih ramai lagi yang tak tahu nih.
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 November, 2014
aminn tq admin
Jane Jerious Jane Jerious 01 Disember, 2014
Assalamualaikum saudara/saudari izinkan saya bertanyakan soalan bolehkah sewaktu sujud terakhir membaca tasbih sebanyak 10 kali??Harap saudara/saudari dapat memberi penerengan kepada saya..
Jane Jerious Jane Jerious 01 Disember, 2014
Assalamualaikum saudara/saudari izinkan saya bertanyakan soalan bolehkah sewaktu sujud terakhir membaca tasbih sebanyak 10 kali??Harap sauadara/saudari dapat memberikan penerangan selanjutnya..
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 Disember, 2014
Moron izin... Terimakasih
abu yahaya abu yahaya 29 Disember, 2014
Sye nak tahu sebutkan tu perkara yg kite inat ker?
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Januari, 2015
Minta izin ya.
mitha batam mitha batam 25 Januari, 2015
Mohon izin unk mggunakannya... Mksh
Rose Rose 04 Februari, 2015
Mohon izin. Halalkan ye .
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Februari, 2015
Mohon share
Nur Nadzirah96 Nur Nadzirah96 01 Mac, 2015
Boleh ke lepas kita dah buat solat istikharah nie kita cerita kpd kawan ?
Syi Na Syi Na 04 Julai, 2015
terima kaseh atas tnjuk ajarnnya . sangat brguna
Amirul Alwi Amirul Alwi 05 Ogos, 2015
Salam. Halalkan saya dengan ilmu ini. Semoga allah merahmati kamu.
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 September, 2015
tahiyat akhir ada x >??
Naza Ahmad Naza Ahmad 20 September, 2015
Assalam, mohon izin guna pnduan ini..t.kasih.
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 November, 2015
Bolehkah ketika membaca tasbih pd sujud terakhir hanya di baca 5xatau 10x??
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 November, 2015
Sya minta izin guna ni yaaa... tq
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 November, 2015
Assalamualaikum...sy minta izin utk kongsi maklumat ini ye..tq
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Januari, 2016
Assalamualaikum.Minta izin guna maklumat ini.
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Januari, 2016
T.kasih atas bimbingan ini,izinkan saya mempraktikkan solat ini,dizaman ini,dlm
usia sebegini byk hal yang merunsingkan...
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Januari, 2016
Saya minta izin untuk amalkan ini jugak yer...terima kasih
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Februari, 2016
Assalamualaikum.....saya memohon keizinan untuk menggunakan ilmu yang diberi ini..terima kasih
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Mac, 2016
Terima kasih atas perkongsian ini. :-)
Chomel Chomel 06 Mac, 2016
Assalamualaikum... terima kasih atas perkongsian ini... sy nak tamya klu la petunjuk tu kita dapat lain contohnyer dari mimpi ke... tp tindakan yg dimabil lain.. berbeza dgn petunjuk tu.. apa jadi?
Hamba Allah Hamba Allah 13 Mac, 2016
Alhamdulillah, semoga Ilmu ni memberi manfaat kepada semua. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya mohon izin yer..syukran jazilan.
sulaiman wahid sulaiman wahid 25 April, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 Jun, 2016
Terima kasih..mohon izin utk kongsi maklumat ini..
bella Green bella Green 08 Jun, 2016
Saya minta kebenaran guna ilmu yg awk share ye ... btw, sy hafal bahasa melayu jaa sbb senang ingat dan mudah difahami. Harap petunjuk yg saya minta jelas laa yg dtunjukkan olehNya. Takut tersalah buat keputusan.
Jahaber Nisa Mohd Salleh Jahaber Nisa Mohd Salleh 15 Jun, 2016
Mohon izin untuk menggunakan maklumat ini
Eira Senget Eira Senget 10 Julai, 2016
adkah sah jika sy tdk mmbaca tasbih smse sjud trakhir sbb sy xpndai
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Julai, 2016
Mohon untuk di amalkan...terima kasih...moga kalian d rahmati allah
Unknown Unknown 13 Julai, 2016
Suadah beberapa kali saya solat istikarah. Asyik mimpi wajah kekasih saya. Saya sudah hampir bertunang dgn kekasih saya. Tp dalam masa yg sama kekasih saya sudah ada org lain. Apakah yg perlu saya lakukan, sedangkan petunjuk dr Allah amat tepat dan benar.
zolraihan zolraihan 21 Julai, 2016
izin kan sy guna maklumat diatas
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 Julai, 2016
terima kasih .. izinkan sy menggunakan ilmu ini
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Ogos, 2016
Assalamualaikum.Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.Semoga Allah memberkati puan.Saya minta izin menggunakan dan share ilmu ini ye.terima kasih ��
Azhan Azhan 01 September, 2016
Terima kasih atas maklumat yg berguna ini...
kecil nzar nurul Syazana kecil nzar nurul Syazana 10 September, 2016
ya allah , berikan lah aku jodoh yang terbaik bagi ku , ya allah tuhan yang mengasai jodoh ku dgn aiman hakim ridza
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 September, 2016
Seeloknya bila kita dah buat kebaikan xperlu lah memberitahu kepada orang lain.Kerana jika orang lain..atau orang yg didoa tidak mengetahui lebih berkat orang yg mendoakan
salam salam 22 Oktober, 2016
Terima kasih izinkan saya menggunakan ilmu ini
Tanpa Nama Tanpa Nama 27 Oktober, 2016
Saya meminta izin untuk ilmu ini digunakan.. Terima kasih..
Suzana Hanim Suzana Hanim 22 November, 2016
Assalamualaikum, sy minta izin utk mnggunakn ilmu ini.
Miz Mizah Miz Mizah 01 Disember, 2016
assalamualaikum .saya minta izin untuk gunakan ilmu ini