Hukum Memakan Belangkas

Hukum Memakan Belangkas Dalam Islam. Anda suka makan belangkas tetapi tidak tahu apa itu belangkas dan hukum memakannya? Belangkas menurut Wikipedia adalah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Hukum makan Belangkas dalam Islam
Gambar Belangkas. Source Google
Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor (Malaysia) menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar saja. Namun di dalam belangkas terdapat sejenis racun yang bisa memabukkan. Hanya bahagian tertentu saja boleh dimakan dan hanya seorang yang sudah terbiasa dan ahli saja yang mengetahui cara menyajikan makanan laut dari belangkas ini.

Masih ramai lagi penggemar belangkas masih was-was akan hukum memakan belangkas ini disebabkan faktor 2 alam yang dibangkitkan. Tetapi sekarang para ulama telah memutuskan yang hukum memakan belangkas adalah diharuskan. 

Jadi, sekarang anda tak perlu ragu-ragu lagi tapi berani ke korang makan? Ada yang pernah makan tak? Orang Kota Tinggi, Johor sahaja yang lebih arif pasal ni....

Keputusan Hukum Memakan Belangkas

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
    
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Sumber : e-fatwa

0 comment... add one now