Kebaikan Dan Keburukan Shopping Online

Apa Kelebihan Shopping ONLINE? Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Disamping anda berbelanja, anda juga boleh membuat duit secara online dengan mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate terbaik Malaysia.
panduan Shopping Online terbaik

Trending Shopping Online Masa Kini

Banyak kebaikan menggunakannya antaranya seperti berikut :-
  1. tanpa perlu keluar daripada rumah atau menempuh kesesakan trafik
  2. anda boleh membeli-belah dari keselesaan rumah anda di computer atau tablet, lebih mudah untuk melakukan perbandingan
  3. diskaun
  4. anda boleh membeli-belah pada SEBARANG masa 

Kita semua tahu sebab-sebab yang tersendiri untuk membeli-belah dalam talian. Kedai perabot, elektrik, barangan sukan online juga meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan sambutan menggalakan pengguna. Ianya diramal akan terus meningkat sejajar dengan keselamatan bertransaksi internet dan juga perkembangan industri telekomunikasi masa kini.

Laman Web Untuk Pembelian Barangan Secara Online

Antara laman-laman web/blog yang bereputasi tinggi dan dipercayai untuk pembelian online adalah seperti berikut :

1. Zalora Malaysia

2. Lazada Malaysia 

Yang disenaraikan di bawah ini pula adalah barangan wanita muslimah meliputi baju kurung, blouse, jubah, tudung dan lain-lain lagi.


Tudung : AKED TUDUNG  
Baju Kurung & Jubah Moden Serta Blouz Murah Berkualiti dan Terkini: Myboutique2u.com  
Pakaian Muslimah : Mizna Online shop  
Pakaian Wanita : KZNabihah Boutique  
Fesyen Muslimah Terbaik : TerbaikDariLadang  


KELEBIHAN SHOPPING ONLINE

  1. Anda boleh mencari apa yang anda ingin cari samada barangan tempatan ataupun luar negara. Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam jenis tertentu sofa atau gaya fesyen pakaian yang anda ingin cari. Jika anda suka mengetahui gaya terbaru, atau mempunyai keinginan ingin tahu apa yang terbaharu di pasaran maka membeli-belah dalam talian adalah yang terbaik.
  2. Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anda boleh melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa.
  3. Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yangberkaitan. Kedai online biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah menggalakan.

KEBURUKAN SHOPPING ONLINE

  • Anda biasanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Kadang-kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika dihantar dari luar negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
  • Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
  • Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak secantik atau sebaik yang kita inginkan.
  • Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar privasi pada laman web untuk melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya. 

PENDAPAT SAYA

Saya fikir membeli-belah dalam talian adalah hebat dan akan HIT pada masa hadapan. Internet adalah pusat membeli-belah anda! Membeli dalam talian adalah menyeronokkan, dan ianya adalah cara yang mudah untuk membeli-belah bagi pengguna yang kesuntukan masa. Nasihat saya pastikan laman web online yang dilayari adalah selamat, bereputasi tinggi dan jujur dalam urusniaga.

SELAMAT BERURUSNIAGA DI TALIAN! Semoga panduan Kebaikan Dan Keburukan Shopping Online ini bermanfaat buat semua.

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 06 Januari, 2016
beli belah atas talian ni kena tengok juga barang apa, ada sesetengah barang tu perlu lihat depan mata sendiri baru boleh buat keputusan nak beli ke tidak... hu hu hu....