Panduan Memilih Ikan Segar Yang Terbaik

Tips Memilih Ikan Segar Terbaik. Anda selalu ke pasar tetapi tidak tahu memilih ikan yang segar? Ikan merupakan salah satu makanan yang cepat rosak kerana kandungan proteinnya yang sangat tinggi menyebabkan ia menghasilkan bau yang kurang enak, mata yang merah dan sebagainya apabila sudah rosak atau busuk. Untuk keperluan memasak, anda disarankan untuk memilih ikan yang betul-betul segar supaya rasa hidangan yang anda sediakan itu lebih sedap, segar dan kandungan proteinnya pun terpelihara. 
cara pilih ikan segar

Berikut dikongsikan serba sedikit panduan kepada pembaca bagaimana anda dapat memilih ikan yang segar di pasar kerana tidak ramai yang mahir memilih ikan yang benar-benar segar.

Bagaimana Pilih Ikan

Ikan Segar

Ciri-ciri ikan segar adalah:
  • 1.Warna kulit terang dan cerah
  • 2.Daging ikan bila ditekan terasa keras dan ia akan kembali ke keadaan asal.
  • 3.Mata ikan jernih menonjol dan cembung
  • 4.Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat sisik tidak banyak yang tertanggal.
  • 5.Insangnya berwarna merah
  • 6.Siripnya kuat.
  • 7.Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak, terutama pada bahagian perut.
  • 8.Tidak berbau busuk.

Ikan Tidak Segar

Tanda ikan yang sudah tidak segar:
  • 1.Mata suram, merah dan tenggelam.
  • 2.Sisik kusam dan mudah tertanggal.
  • 3.Warna kulit kusam dengan lendir tebal.
  • 4.Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
  • 5.Dinding perut lembik dan koyak.
  • 6.Warna keseluruhan kusam dan berbau busuk.

Cara-cara lain yang biasa digunakan untuk memastikan ikan adalah segar/ baru atau sebaliknya adalah seperti berikut :-
  1. Ikan yang licin dan berlendir permukaannya menandakan ikan itu tidak diawet.
  2. Kalau anda membeli ikan yang dihiris atau sudah dipotong-potong, yang perlu diperhatikan ialah cium bau daging ikan. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk yang menusuk hidung bermaksud ikan itu sudah tidak segar.
  3. Sentuh dan tekanlah daging ikan. Jika terlalu keras seperti lobak merah kemungkinan ikan tersebut sudah diberi bahan pengawet atau telah dibekukan.
  4. Lihat juga warna dari dagingnya, ikan yang segar warna dagingnya cerah, sedangkan ikan yang berpengawet cenderung pucat dan tidak ada lalat yang mendekati.
  5. Selak pipi ikan itu bagi membolehkan anda melihat warna insangnya. Ini adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan.

Video Cara Memilih Ikan Segar

 
Jika anda membeli ikan untuk simpanan stok, pastikan ikan itu disimpan di dalam peti beku. Janganlah dibiarkan ikan terlalu lama pada suhu bilik bagi memelihara kesegarannya.

Ikan air tawar dan laut mengandungi protein, Omega-3 serta rendah lemak yang tentunya sangat baik untuk tubuh badan. Sementara itu, ikan yang tidak segar boleh membuat anda kerugian dan alergi.

Selamat mencuba. Semoga Panduan Memilih Ikan Segar Yang Terbaik ini bermanfaat buat semua.
Sumber

2 comments.. read them below or add one

yakuza iriahuz yakuza iriahuz 30 Disember, 2012
nice info...
http://exazaf.blogspot.com/
Rossa Calla Rossa Calla 30 Disember, 2012
TQ...YUp hidup sama-sama berkongsi benda yang baik