Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul

Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul. Ingin Tahu Panduan Terbaik Cara Nak Panjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit anda? Bateri handphone adalah salah satu komponen utama yang penting untuk telefon. Tanpanya, telefon tidak boleh berfungsi. Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak? Kini telefon bimbit atau smartphone sudah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun. Dari jenama Samsung dan Apple yang popular hingga Lenovo dan jenama lain dari China adalah pilihan pengguna di Malaysia.

tips terbaik jaga bateri handphone

Cara Terbaik Menjaga Bateri Handpone

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama smartphone, semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ini mungkin anda perlus mengecas dalam sehari atau lebih kerap penggunaanya, mungkin 2-3 kali sehari. Mujur kini ada 'power bank' yang dapat membantu anda untuk memanjangkan hayat telefon anda.

Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri itu kembung mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook. Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin 

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri.


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate)

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 


4) Offkan Telefon Ketika Mengecas 

Pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas 

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas 

Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba

Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 


Ini antara cara yang boleh anda cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Semoga Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul ini bermanfaat buat semua.

Tips Penjagaan Bateri Laptop Komputer Riba Untuk Tahan Lama 

Anda mahu bateri laptop anda tahan lama? Bagi  pengguna  komputer  riba  atau  laptop,  penggunaan  bateri  adalah  satu  kemestian  jika  tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian  anda?  Untuk  memastikan  bateri  itu  boleh  digunakan  dalam  jangka  masa  yang  lama memerlukan  anda  tahu  cara penjagaannya.

Bagi  sesiapa  yang  tidak  menjaga  bateri  laptop mereka,  anda  perlu  tahu  berapakah  harga  sesebuah  bateri  tersebut  di  Malaysia  dan  dimanakah boleh mendapatkannya.  Jadi,  jom  ikut  tips  yang  penjagaan  bateri  yang  boleh  anda  praktikkan seperti dibawah ini.
panduan jaga Bateri Laptop Komputer Riba
Antara komponen yang perlu dijaga dan diberi perhatian adalah Charger atau AC power, kelajuan CPU, kecerahan skrin dan lain-lain lagi. Anda boleh memuat turun panduan dalam pdf di Tips Penjagaan Laptop.

Panduan Terbaik Menjaga Bateri Laptop




Semoga Tips Penjagaan Bateri handphone dan Laptop Komputer Riba ini bermanfaat buat semua.

{ 10 comments.. read them below or add one }

faizul badri faizul badri 03 Februari, 2014
Penggunaan power bank adalah terbaik, sebagai langkah berjaga jaga, mana tahu situasi kecemasan berlaku...
http://www.muslimchoices.com/?p=pineng_powerbank_pn912&s
dia log dia log 25 Februari, 2015
as,salam nak tanya siket nie...
kalau batery dah kong habis ...kita cast pon tak diterima...
nak buat macam mana ea...huhu...
Rossa Calla Rossa Calla 26 Februari, 2015
Better replace ke batt baru
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Mei, 2015
tp sy dgr kalau kita guna power bank sebenarnye lg cepat rosakkan telefon sb voltage dia xsesuai...
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Mei, 2015
fon sy bateri dia keep draining even masa tu sy charge dia... daripada 20% terus jd 1%.... n kalau off pulak, lagi la xleh nk cas langsung... mcm mana ek?
sy guna Lenovo A136i... baru dlm 4 bulan kot sy guna... charger port rosak lepas sebulan guna... so sy guna multicharger sb nak baiki mahal... tp lepas tu sy baiki kena 50 sb org kedai tu kata kod fon sy xde dlm waranty... dan seminggu sy guna lepas baiki, dah xboleh cas balik, jd mcm yg sy sebutkan kat atas tu
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Disember, 2015
saya terjatuhkan fon saya lenovo A850. at first okay je nothing happens. pehtu saya caj lah kejap sebab batt tinggal 8%. dalam sejam lepas tu saya datang balik tengok tengok kat atas fon tu takde keluar warna merah. sebab kalau caj mesti ada keluar warna merah tu, tanda fon dh connected dengan charger. saya ingatkan cable charger tk masuk properly.. saya cucuk lah balik elok elok. tetiba fon saya dah tak boleh detect charger. saya dah try dah bukak battery kejap and then masukkan balik tapi tak menjadi. saya pun ada try caj pakai cable lain tapi sia sia. kalau macam ni kan, yang problem dia charger port saya atau bateri saya? tolonglah bantu saya .. :(
Tanpa Nama Tanpa Nama 27 Februari, 2016
Saya pun pakai lenovo A850. selalunya bateri lenovo mmg x tahan lama. saya bru pakai 1 tahun. itupun x sampai 1 tahun lagi. bateri mmg bermasalah bila cas. bila cas je, lampu merah x klua kan. so, kena kretif sikit haha. klu tektik saya mengecas mcm ni. saya letak fon tu mengereng. klu dia tanak mengereng. menegak dn sebagainya. klu baring mcm biasa dia mmg tanak masuk. problem sebenarnya bateri lenovo. boleh jg pakai cas kepit. if dh nazak sgt fon tu bwk g kedai repair.
ita90 ita ita90 ita 20 Ogos, 2016
tips yg kena cas 8 jam pada handpon baru tu x betul sbnrnya
untuk hanset yg sekarang ni yg mggunakan li ion xperlu cas selama 8 jam just guna sampai 40 % kebawah dan cas sampai penuh sdh ckup....
terima kasih
Nizam Kamal Nizam Kamal 27 Oktober, 2016
Betul Ke? Ingat Kena Sampai 8 Jam.. Risau Juga Over Charge Ni
Wanzai Wanzai 27 November, 2016
Good read tuan. Cuma, saya macam kurang yakin dengan tips nombor 6. kebanyakan yang saya baca, biasanya perlu charge device pada battery level 1 - 5 %, bukan pada 0 %.