Keputusan Undian UEFA Champions League Pusingan 16 Kalah Mati 2015/2016

Keputusan Undian Liga Juara-Juara Eropah Pusingan 16 Musim 2015/2016. Berikut adalah keputusan undian Champions League 2015-2016 Pusingan 16 Kalah Mati (Liga Juara-Juara Eropah) yang telah berlangsung pada 14 Disember 2015. Keputusan undian menyaksikan 2 kelab dari Liga EPL England menghadapi perlawanan sukar dimana Chelsea akan bertemu PSG manakala Arsenal telah diundi bertemu juara bertahan dari La Liga Sepanyol, Barcelona. 

Perlawanan menarik lain bakal menyaksikan juara Itali, Juventus bertemu juara Jerman, Bayern Munich. Manchester City pula bernasib baik apabila bertemu kelab Ukraine, Dynamo Kiev. Perlawanan Final Champions League 2016 akan diadakan di Stadium San Siro, Itali pada bulan Mei 2016 nanti. 

jadual Champions League Pusingan 16 Kalah Mati 2015/2016

JADUAL DAN TARIKH PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE PUSINGAN 16

UNDIAN CHAMPIONS LEAGUE 2015/ 2016
PASUKAN FIRST LEG SECOND LEG
Paris Saint-Germain vs Chelsea – First leg February 16, second leg March 9
Benfica vs Zenit St Petersburg – First leg February 16, second leg March 9
Gent vs Wolfsburg – First leg February 17, second leg March 8
Roma vs Real Madrid – First leg February 17, second leg March 8
Arsenal vs Barcelona – First leg February 23, second leg March 16
Juventus vs Bayern Munich – First leg February 23, second leg March 16
PSV Eindhoven vs Atletico Madrid – First leg February 24, second leg March 15
Dynamo Kiev vs Manchester City – First leg February 24, second leg March 15

Manakah pasukan yang mampu menghalang dominasi pasukan dari Sepanyol dalam UEFA Champions League 2015/2016 kali ini? Bayern Munich, Man City atau PSG?



0 comment... add one now