Perbezaan Pembelajaran di Sekolah Rendah Dulu dan Kini



KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. 

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2011 lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 


Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memasuki ke Tahun 3.  

Sememangnya terdapat perbezaan di antara kedua-dua kurikulum ini.  Apakah perbezaannya yang signifikan? 

Dokumen kurikulum KSSR dipanggil sebagai Dokumen Standard.  Tiada lagi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.  

KBSR menetapkan hasil pembelajaran (learning outcome) sebagai sasaran yang ingin dicapai setelah menamatkan sesuatu prose pengajaran dan pembelajaran (p&p) namun bagi KSSR ia menekankan standard kandungan dan standard pembelajaran sebagai sasarannya sewaktu guru merancang pembelajaran dan pengajaran (p&p).

Strategi untuk murid menguasai Bahasa Inggeris dalam  KBSR ialah dasar PPSMI sementara dalam KSSR pula strateginya ialah dasar MBMMBI.

Penilaian dalam KBSR menggunakan kaedah konvensyenal ujian dan peperiksaan sementara dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi (yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan) sebagai panduan wajib guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ujian dan peperiksaan sudah tidak lagi wajib dilaksanakan.  Pencapaian atau perkembangan murid akan dilabelkan dengan band.  Tidak ada lagi nombor (kedudukan) dalam peperiksaan sebaliknya mereka dilabel dengan band dari 1 hingga 6.  Band 6 adalah aras tertinggi sementara band 1 pula adalah sebaliknya.

Berikut adalah perbezaan antara KSSR dan KBSR yang IbuBapa perlu tahu. 

PERBEZAAN KSSR DAN KBSR


Kementerian Pelajaran & MGB Daerah Sepang

0 comment... add one now