Rukun Solat Yang Perlu Kita Ketahui

Rukun-Rukun Solat. Solat fardhu lima waktu adalah wajib kepada semua umat Islam di dunia ini. Solat-solat fardhu yang diwajibkan adalah zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh. Rukun solat adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa dalam solat. Syarat solat pula adalah perkara yang perlu disempurnakan sebelum solat itu dikerjakan.
rukun solat ada 13 perkara
Berikut dikongsikan 13 rukun solat yang kita perlu ketahui :-

RUKUN-RUKUN SOLAT

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. Iktidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Para ulama membahagikannya 13 rukun solat kepada tiga bahagian iaitu:
  • 1. Rukun qauli, mengandungi lima rukun iaitu takbiratul ihram, membaca al-fatihah, membaca tahiyat, selawat dan salam.
  • 2. Rukun fikli, merangkumi enam perkara iaitu berdiri betul, ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat akhir.
  • 3. Rukun qalbi , mengandungi dua rukun iaitu niat dan tertib.Solat selain daripada ini adalah solat sunat sahaja. Solat fardhu lima waktu itu mula disyariatkan dalam Islam semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah.Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.
Dikongsikan juga beberapa perkara yang membatalkan solat untuk panduan semua.

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
Perkara-perkara yang membatalkan solat


2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Jabatan Mufti Negeri Melaka

0 comment... add one now