Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein

Senarai Makanan Yang Mengandungi Kafein Dan Kesan Buruknya Terhadap Wanita Mengandung. Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. Kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.  

Kafein dikenali juga dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 

kafein dalam kopi

Kebanyakan orang berfikir bahawa hanya kopi saja yang mengandung kafein. Ternyata hal itu salah. Kafein juga boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica), daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. 

Kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma. Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung yang tinggi serta kekerapan untuk kencing. 

Disenaraikan 8 Makanan dan Minuman yang Mengandungi Kafein Selain Kopi. 

Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein


Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos


Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein ini pula dikongsikan dari Majalah Health, Rabu (11/4/2012) 

1. Minuman Bersoda

Cola dan minuman bersoda memang mengandungi kafein. Minuman jeruk yang bersoda ternyata memiliki kandungan kafein yang besar iaitu sebanyak 41 miligram.

2. Cokelat

Kafein ditemukan secara alami dalam biji kakao, sehingga coklat apapun memiliki kandungan kafein. Permen cokelat umumnya mengandung kafein kurang dari 10 miligram, tetapi semakin gelap cokelat, semakin tinggi kandungan kafeinnya.

Produk cokelat diperkaya dengan kafein tambahan yang memiliki kandungan kafein sampai 60 miligram, hampir sama dengan kafein dalam secangkir teh.

3. Ais krim

Banyak merek es krim memiliki rasa kopi dan cokelat yang mengandung antara 30 dan 45 miligram kafein yang hampir sama dengan sekalengminuman bersoda.

4. Pil penurun berat badan

Kafein memang tidak berpengaruh dalam usaha menurunkan berat badan Anda. Tetapi pil diet umumnya mengandung kafein dalam jumlah yang besar.

Pada tahun 2005, ConsumerLab melakukan analisa terhadap dosis harian obat diet jenis Zantrex-3 sebanyak 1.223 miligram mengandung kafein hampir sama dengan kafein pada 12 cangkir kopi.

5. Pil pereda nyeri

Sedikit kafein dapat mengurangi sakit kepala, tapi kafein dalam jumlah besar akan berbahaya. Pil pereda nyeri menggunakan kafein dalam jumlah besar untuk meringankan rasa sakit.

Untuk menggunakan pil ini, sebaiknya baca kandungan dan instruksi pada kemasan obatnya terlebih dahulu. Dua tablet Excedrin, pil pereda nyeri migrain memiliki 130 miligram kafein sama dengan secangkir kopi.

6. Minuman penambah energi

Beberapa minuman penambah energi dalam kemasan mengandung kafein sama banyaknya secangkir kopi.

7. Penyegar nafas

Dua potong permen penyegar nafas mengandung kafein yang sama dengan secangkir kopi.

8. Kuaci

Kuaci dari biji bunga matahari mengandung folat, vitamin B6, dan vitamin E. Tapi satu porsi kuaci mengandung 140 miligram kafein, kurang lebih sama dengan empat kaleng minuman bersoda.

Kesan Kafein Ke Atas Wanita Mengandung

Atas daripada kesan sedemikian, wanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang didapati dalam kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat dalam jumlah berlebihan. 

Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan dua gelas kopi, dua gelas teh, enam tin Coca Cola atau empat bar coklat 50 gram. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung. 

Kesan sampingan yang diakibatkan oleh jumlah yang lebih daripada 200mg termasuklah keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan serta masalah reproduksi yang lain. Demi mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, adalah lebih baik sekiranya anda tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein. Dan jika perlu hindarkan atau kurangkan memakan atau meminum Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein yang dikongsikan di atas.

Yahoo Malaysia & http://www.prn.usm.my/ >br>

0 comment... add one now