Permohonan Pakej Komunikasi Belia (PKB) Online Rebat RM200

Permohonan Pakej Komunikasi Belia (PKB) Online Rebat RM200. Pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar melalui Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1hb Januari 2013.
Permohonan Pakej Komunikasi Belia (PKB) Online Rebat RM200
Syarat Kelayakan Rebat RM200

  • Warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
  • Model telefon pintar yang dipilih tiada had harga
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
  • Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang
  • Pelajar IPTA dan IPTS juga boleh memohon
Menangi Vacation 7D 6N dengan Mastercard anda di sini

Cara Permohonan Rebat RM200

1. Sila layari borang Online di laman web:

Untuk Pelajar  atau Untuk Pekerja 

2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja (jika sedang bekerja).

3. Sila isi butiran penuh dan kemudian hantar pendaftaran anda.

4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.

Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Cara Penebusan Slip Baucar Rebate RM200
Anda boleh membeli smartphone anda menggunakan baucar tersebut di syarikat pengedar telekomukasi yang sah. Untuk melihat senarai wakil penjual yang sah tersebut, sila layari Laman Web Rasmi PKB Berkaitan Pemberi Perkhidmatan Di SINI

Tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) pula telah di lanjutkan dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula 6hb Februari 2013


{ 9 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 04 Mei, 2013
kalau suri rumahtangga blh mohon rebat rm200 ker?klayakkan hanya untuk pelajar dgn pekerja..suri rumahtangga mana ada slip gaji...nak kata pelajar..dah lama behenti skolah....
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Mei, 2013
bulan ni masih ada ke?atau dah tamat tempoh dah?
acap acap 08 Mei, 2013
org kurang upaya boley ke,xbekeje dan xbelaja...boley mohon ke
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Mei, 2013
klau salah daftar macam mne erk
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Jun, 2013
aku keje pilot gaji sebulan rm8000...tp knpe aku mohon dpt je??
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Julai, 2013
belum genap 21 thn x blh ke
Qujack Rafael Qujack Rafael 04 September, 2013
Dah klik dah tapi tak nampak borang permohonan pun...??
mass mass 05 September, 2013
aarrrggghhhhh...smua web bkenaan rebat RM200 nih dh X boleh bukak! nk reprint bali voucher tuh...
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 Oktober, 2014
masih boleh nie,,,?