Cara Mendaftar Online Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M)

KUALA LUMPUR: Pendaftaran atas talian Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dilancar.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, ia salah satu usaha meningkat pemilikan rumah mampu milik di kalangan golongan muda yang baru bekerja.

"Kita beri tumpuan di Lembah Klang selain pinggir bandar selepas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri."

"Ia usaha melihat golongan sasar mendapat rumah sendiri dengan harga berpatutan sekali gus mengurangkan beban mereka yang tinggal di bandar," katanya semasa melancarkan pendaftaran atas talian R1R1M Alam Prima Fasa Dua dan Laguna Biru Fasa Dua.

Turut hadir, ahli lembaga pengarah SPNB, Datuk Shuib Md Yusop dan Datuk Abdullah Thalith Md Thani.

R1R1M sebelum ini dikenali Program Rumah Pertama Rakyat Mampu Milik.

Kata Idris, R1R1M yang terletak di Rawang dan Damansara itu berharga dalam lingkungan RM145,000 sehingga RM190,000.

Tahun lepas, SPNB telah melancar pra pendaftaran Program Pertama Rakyat Laguna Biru Sungai Buloh Fasa Dua dan Alam Prima, Shah Alam Fasa Dua.

Sehingga kini, seramai 6,445 pemohon berdaftar bagi kedua projek berkenaan selain maklumat lanjut projek boleh diperolehi di laman sesawang www.spnb.com.my. Anda boleh membuat permohonan untuk pendaftaran PROGRAM RUMAH PERTAMA RAKYAT dengan mengisi borang pendaftaran di SINI

SPNB setakat ini sudah membina 29 projek dengan jumlah 22,964 unit R1R1 di seluruh negara - Astro Awani

Menurut laman web R1R1M, kriteria kelayakkan Skim Rumah Pertama Rakyat adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli Rumah Pertama
  • Individu Berumur Sehingga 35 Tahun
  • Pendapatan Kasar Tidak Melebihi RM5,000 (Perseorangan)
  • Pendapatan Kasar Tidak Melebihi RM10,000 (Isi Rumah)
  • Sah Dalam Jawatan Dengan Majikan Sama Tidak Kurang Dari 6 Bulan
HOTLINE SPNB - 1 300 80 3838

Cara pendaftaran atas talian R1R1M Alam Prima Fasa Dua dan Laguna Biru Fasa Dua.

1) Layari Laman Web SPNB Di sini

Produk Perumahan SPNB adalah seperti berikut :-
  1. MESRA
  2. ASPIRASI
  3. IDAMAN

{ 14 comments.. read them below or add one }

karin karin 02 March, 2013
Assalammualaikum..knpe link daftar on9 cmntu..xleh nk pg
Perling Putih Perling Putih 02 March, 2013
Boleh klik sila klik disini untuk mendaftar sebagai pemohon...try ok di bahagaian bawah kanan
muzie waty muzie waty 15 April, 2013
Di negeri pahang xda ker rumah skim pertama ni...? Terutama kawasan daerah temerloh
muzie waty muzie waty 15 April, 2013
Rumah pertama xda ker dibuat di negeri pahang...? Iaitu di daerah Temerloh... saya amat memerlukan rumah sendiri
Rubitah Mejumin Rubitah Mejumin Rubitah Mejumin Rubitah Mejumin 09 June, 2013
Di sabah?org sabah pn nak rumah sendiri.terutamanya di klangan golongan yg bpndptn rendah.
MasterView MasterView 27 June, 2013
adakah skim r1r1m untuk golongan yang sudah berkahwin sahaja?
bullah phg bullah phg 09 July, 2013
Saya masih bujang,bagaimana jika sy hendak membuat permohonan?dan di kajang ada x skim rumah pertamaku?
Adam Raiyan Adam Raiyan 11 September, 2013
Saya org kelantan ..ada tk skim rumah pertamaku disini .,saya teringin sangat nk tggal dirmah sndiri..sllunye pindah ulang alik ddk rmh sewa
khairiljohari vsnurulatika khairiljohari vsnurulatika 29 October, 2013
aku mahu minta bantuan rumah sendiri,..
danisha danisha 03 November, 2013
Kalu yg kontrak staf camne...takleh nak mohon ke...
faizal shah faizal shah 07 November, 2013
Dekat melaka xde klu nak buat rumah skim pertamaku
Emah Aboy Emah Aboy 19 November, 2013
Dkt area negeri sembilan ader x rumah rakyat 1malaysia...sy nk mohon...
Emah Aboy Emah Aboy 19 November, 2013
Dkt negeri sembilan ader x rumah rakyat 1 malaysia...sy nk mohon...
Anonymous Anonymous 02 April, 2014
sangat menarik program ini ya Bro?
banyak sekali peminatnya,
daftarnya juga mudah, praktis dan bisa diakses darimana saja,
makasih