Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia

Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia. Siapakah Sultan yang pernah menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia dari tarikh kemerdekaan sehingga kini? Berikut adalah senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari tahun 1957 hingga sekarang tahun 2016. Jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong di Malaysia adalah digilirkan setiap lima tahun antara sembilan pemerintah Negeri Melayu di mana seorang kerabat diraja akan dilantik menjadi Pemangku dalam negeri tersebut.

  • Yang DiPertuan Agong ke 15 yang baru akan dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 14 Oktober 2016. 
  • Sultan Muhammad V (Sutan Kelantan) telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke 15 yang baru dan menggantikan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Tempoh perkhidmatan adalah selama 5 tahun berkuatkuasa 13 Disember 2016.
  • Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.

sultan kedah Yang Dipertuan agong

Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia

Berikut adalah senarai nama Yang DiPertuan Agong yang pernah menjawat jawatan ini dari merdeka sehingga kini. Maklumat lain yang dikongsikan adalah tempoh pemerintahan dan asal negeri.
Yang di-Pertuan AgongNama Yang di-Pertuan AgongNegeriTempoh
PertamaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadNegeri Sembilan31.08.1957
KeduaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman ShahSelangor14.04.1960 hingga 01.09.1960
KetigaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailPerlis21.09.1960 hingga 20.09.1965
KeempatSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal AbidinTerengganu21.09.1965 hingga 20.09.1970
KelimaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah21.09.1970
KeenamSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan IbrahimKelantan21.09.1975 hingga 29.03.1979
KetujuhSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam ShahPahang26.04.1979 hingga 25.04.1984
KelapanSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan IsmailJohor26.04.1984 hingga 25.04.1989
KesembilanSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lahPerak26.04.1989 hingga 25.04.1994
KesepuluhSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanNegeri Sembilan26.04.1994 hingga 25.04.1999
KesebelasSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlhajSelangor26.04.1999 hingga 21.11.2001
Kedua BelasSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailPerlis13.12.2001 hingga 12.12.2006
Ketiga BelasSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahTerengganu13.12.2006 hingga 12.12.2011
Keempat BelasSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah13.12.2011 hingga 12.12.2016

Kelima Belas 

  • Sultan Kelantan Sultan Muhammad V - berkuatkuasa dari 13 Disember 2016    

Sistem Penggiliran Yang DiPertuan Agong

Jawatan Yang DiPertuan Agong hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

1) Negeri-negeri Melayu Bersekutu 

  • Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang

2) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 

  • Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
* Yang DiPertua Negeri untuk Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang menjawat jawatan.
Penggiliran Yang di-Pertuan Agong mengikut aturan Pemerintah negeri adalah adalah seperti berikut :-
  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

Semoga informasi Senarai Yang DiPertuan Agong Di Malaysia ini bermanfaat buat semua rakyat Malaysia.
Sumber Majlis Raja-Raja & Wikipedia

0 comment... add one now