Punca Dan Petua Berkesan Hilangkan Kelemumur Di Kepala

Punca Dan Petua Berkesan Hilangkan Kelemumur Di Kepala. Menyebut KELEMUMUR saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. 

Cara Berkesan Hilangkan Kelemumur Di Kepala 

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. 

Hilangkan Kelemumur Di Kepala
Ia berlaku bila seseorang itu mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit baru adalah 28 hari. Tapi untuk sesetengah orang, dia hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk kulit kepalanya bertukar baru. So, belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi. Itulah punca utama terjadinya kelemumur.

Punca lain pula adalah kerana pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale yang biasa terdapat pada kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan juga punca utama kulat ni semakin aktif untuk tumbuh. Sebab lain adalah disebabkan perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh dan kulit kepala yang terlalu berminyak.

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah
Ada cara paling mudah untuk menghilangkan kelemumur dan juga mengelakkan kelemumur daripada datang kembali tanpa menggunakan syampu... Berikut disenaraikan 9 petua tradisional yang boleh dicuba .... In Sha Allah dengan kuasa Allah, kelemumur akan hilang....
 

Petua 1:

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.


Petua 2:

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.


Petua 3:

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.


Petua 4:

Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.


Petua 5:

Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.


Petua 6:

Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.


Petua 7 :

Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.


Petua 8 :

Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Petua 9:

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.

<Kongsi Berita & Rudi Zone>


{ 17 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Oktober, 2014
pedih wo..ak bru letak perahan limau nipis nie..
Nezralyani Nezralyani 22 Oktober, 2014
ani gune lemon pn bley gak..
Tanpa Nama Tanpa Nama 30 Oktober, 2014
kalau kelemumur tu berkeping-keping? bila dah cuci ilang tapi ada cecair kt kulit kepala, lama2 cecair tu buat kepingan kelemumur lagi,cane ah? mcm xnak ilang?
tolong pliss..kritikal sangat...
siti aminah siti aminah 20 November, 2014
Dulu masa kecik-kecik selalu je tengok mak buat ni, tapi sekarang dah malas...semua orang nak cari cara senang... tapi cara senang pun kadang-kadang tak berkesan kan
Nur Nabila Nur Nabila 28 November, 2014
Try pakai d`herbs... tp mcm x mujarab... mahal saja... bertambah gatal kpla ni
Nur Nabila Nur Nabila 28 November, 2014
Try pakai d`herbs... tp sme jer... makin gatal kpla ni... x mujarab...
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Disember, 2014
Botakkan kepala je..biar halusss....
Aty Sha Aty Sha 25 Disember, 2014
Aq pon tekne klmumur ni😭
heriterichan85 heriterichan85 02 Januari, 2015
Masalah dndruff sy lg truk,every morning sy akn pegi saloon n make scalp treatment tmasuk wash them all,n bile ptg the flaky dndruff dtg blk. So i go wit the traditional approach,sy gne lime n lemon juice every two days,ikut petua di atas,mmg scalp akn rasa pedih kalau ada luka dkt scalp,tp kalau x der luka scalp akn rasa pedih cikit jer,n after dat sy shampoo dgn skin&scalp anti septic, sbb kebanyakan dndruff yg susah nak hilang n senang dtg blk adlh slh satunya krn jgkitan
kulat,n sekali seminggu sy akn buat masker untk rmbut n scalp seperti di ajar di atas untk mgelakkan rmbut sy rosak di sebab kn pggunaan sitrus yg melampau,n oso jaga kbersihan scalp,use shampoo kalau anda berpeluh,sy lakukan 2 hri sekali krn rmbut sy sgt tebal,untuk yg berambut nipis mgkin kurangkan pggunaan sitrus kpd sekali seminggu,lihat keperluan pggunaan anda,
n ape yg pnting juga kne mnum byk air untk mgelakkan kulit kepala kering..keep hydrated n hygine..sy ambil mase sebulan jer untuk eliminates all of my dndruff.selamat mncuba.
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 Januari, 2015
sume cdngn kt ats tu ok ke..?nk try ni tp x tau mn nk pilih..
AZENI AHMAD AZENI AHMAD 04 Disember, 2015
Paling mudah adalah dengan menggunakan petua aloe vera kan.
Sejuk je kepala bila letak atas kulit kepala.
Nisa Yamamoto Nisa Yamamoto 21 Februari, 2016
lepas syampoo and rambut dah kering..kelemumur bnyk..salah bilas ke..hurmmm
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Jun, 2016
aku ni lagi truk . dah macam salji aku tegok bila sikat rambut . tak tahu la d mana silapnya . rajin jga aku pakai sampoo .
hanum hassim hanum hassim 26 September, 2016
wah.. jadi semua masalah dandruff awake dah selesai lah ye