Tips Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas

Tips Berguna Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas. Cuaca terlalu panas kini melanda Malaysia akibat fenomena El-Nino. Keadaan cuaca panas lebih dirasai di bahagian Utara Malaysia seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang menyaksikan suhu tinggi sehingga 36-38 darjah celcius setiap hari. Cuaca yang terlalu panas dan kering ini  menyebabkan kita mudah dijangkiti batuk dan selsema serta mudah mengalami sakit kepala. Berikut disenaraikan beberapa tips mudah dan terbaik dalam menyejukkan badan ketika cuaca panas ini sekarang.

Tips Berguna Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas
Cara Hilangkan Kepanasan

Tips Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas

1. Banyak minum air putih

Minum air putih merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan terutama  ketika cuaca panas. Malah, pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar minum air sebelum mula berasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini bawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk kita ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Makan yogurt

Selain kaya dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman, yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan.

3. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air

Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air ataupun tembikai susu (honeydew), betik  yang mengandungi 91% air dan juga nenas yang mengandungi 84% air.  Kesemua buah-buahan tempatan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah didapatkan dengan harga yang berpatutan.

4. Ambil sayur-sayuran yang mengandungi banyak air

Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Sayur-sayuran ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan malah ia sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

5. Salad  

Juga digalakkan mengambil salad sebagai menu ketika cuaca panas untuk tujuan menyejukkan badan. Tetapi pengambilan mayonis yang dicampurkan ketika makan bersama salad perlu berpada-pada.

6. Minuman sejuk

Boleh juga minum minuman sejuk seperti Lai chi kang, bandung cincau dan pelbagai jenis minuman sejuk yang lain.

7. Minum jus buah-buahan

Banyakkan minum jus buah-buahan yang asli. Seperti jus tropika, jus nenas tembikai atau jus pegaga. Elakkan dari menambah kandungan gula kerana buah-buahan sememangnya mengandungi kandungan gula yang lengkap untuk tubuh badan. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi - TryMasak

Tips Lain Untuk Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas

Selain tips di atas, anda dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut ketika cuaca panas kini :-
  1. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  2. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  3. Hadkan aktiviti luar
  4. Kerap berehat
  5. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  7. Pakai topi atau payung yang besar
Cuba elakkan perkara berikut ketika cuaca panas :-
  1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  3. Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
  • 1.Keluar dari kawasan yang panas
  • 2.Tanggalkan pakaian yang ketat
  • 3.Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • 4.Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • 5.Minum air setiap 15 minit
  • 6.Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber FB KKM

Semoga Tips Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas ini boleh dijadikan panduan berguna dan semoga ianya bermanfaat.

2 comments.. read them below or add one

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 19 Mac, 2013
nice tips.. memandangkan cuaca sekarang ni agak panas.... walaupun hujan, tetap panas.. huuuuuuu
Lia Lia 12 Februari, 2014
Assalam. mohon share artikel Tips Berguna Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas di blog akak boleh tak? nureenz.blogspot.com