Doa Untuk Pengantin Semoga Mendapat Berkat

Doa Untuk Pengantin 


a. Setiap kali musim cuti sekolah, seperti kebiasaan, banyaklah jemputan kenduri kahwin di sana-sini yang anda akan terima. Jika tiada keuzuran, cubalah penuhi jemputan yang ada kerana telah menjadi hak orang yang mengundang agar kita memenuhi undangannya, lebih-lebih lagi undangan ke kenduri perkahwinan.

b. Namun jika diperhatikan dalam amalan masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat yang pernah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ucapkan kepada pengantin. Yang biasa kita dengar ialah “Selamat pengantin baru.”, “Selamat berbahagia hingga ke anak cucu”, “Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat” dan sebagainya.

c. Maka eloklah kita melazimi amalan sunat yang satu ini iaitu doa yang disunatkan buat pengantin.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila mendoakan seseorang yang berkahwin, baginda menyatakan:

"Allah memberkati untukmu dan berkat ke atas mu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan."
- Hadith Riwayat Ashabus Sunan.

d. Sama-samalah kita menyemarakkan amalan sunat dalam kehidupan seharian kita. Semoga pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan amalan sunnah yang ditunjukkan baginda Nabi Muhammad s.a.w.


1 comment... add one now

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 28 May, 2013
Assalammualaikum...PP,

bagus doa kepada pengantin nie...macam pernah dengar aje... doa ini menjadi susunan lirik dalam lagu nasyid.

mselim3

pls: ziarah PP di sini... tgk entry terbaru...