Petua Berkesan Rawat Selsema Cara Mudah

Selsema membuatkan kita rasa tidak selesa. Ianya merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Berikut disertakan petua rawat selsema yang paling berkesan atau ubat selesema yang terbaik untuk panduan semua.

Petua Berkesan Rawat Selsema Cara Mudah

Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan secara langsung.
Dan Mengubatinya
Selsema
Kanak-kanak dengan ketahanan penyakit yang rendah berbanding dewasa akan mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6 hingga 12 kali dalam setahun, manakala orang dewasa boleh mengidap selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala Selsema

  • Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
  • Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
  • Bersin.
  • Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
  • Sakit kepala.
  • Adakalanya, demam yang ringan.
  • Sakit badan.
  • Mata berair.

 

Cara Merawat/ Rawatan Selsema

Jika anda menghidapi selsema, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi penyakit selsema anda.

  • 1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.
  • 2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
  • 3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
  • 4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali - via 101 Petua

Ataupun cara ini

  • 1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.
  • 2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
  • 3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
  • 4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
  • 5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada - via Dunia Al-Qa'id 

Atau

Mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi. 

Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua untuk menyembuhkannya adalah seperti berikut:

Rawatan Alternatif Untuk Selsema

  1. Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.
  2. Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.
  3. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
  4. Selesema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
<FB Petua Wanita Melayu>

0 comment... add one now