Punca Sakit Belakang Dan Cara Mencegah

faktor terjadi
Sakit Belakang

Sakit Belakang, Punca Dan Cara Mencegah

Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Faktor Penyumbang Terjadinya Sakit Belakang

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang. 

Punca Sakit Belakang

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. 

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis. 

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan. 

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak. 

Bagaimana Sakit Belakang Terjadi

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan. 

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang. 

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang. 

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang. 

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya. 

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah: 

Obesiti 
Merokok 
Tekanan 
Keadaan fizikal tidak elok 
Postur badan yang salah 
Posisi tidur tidak elok 
Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur 

Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah. 

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur. 

Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif. 

Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera). 

Diagnosis dan rawatan 

Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang. 

Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang. 

“Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang. 

“Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari. 

“Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah. 

Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot. 

“Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya. 

Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot. 

Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural. 

Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan. 

Pencegahan 

Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah: 

Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi. 

Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat. 

Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan. 

Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera. 

Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan. 

Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang. 

“Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow. 

Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan. 

Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan. 

Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal. 

Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang. 

“Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya - petikan dari Harian Metro

{ 25 comments.. read them below or add one }

fyna fyna 30 May, 2013
info yang bagus ^_^
Noridah Abd Rahman Noridah Abd Rahman 09 June, 2013
kalau kanser tulang sekunder macam mana pulak nak kurangkan rasa sakit tulang belakang tu? dah hampir satu bulan rasa sakit tu datang balik. dulu masa sebelum kemo pun macam tu juga.
red ferrari red ferrari 03 November, 2013
cuba makan akar kayu tradisi ni. nenek saya makan ni, baru elok sakit belakang dia. kalau tak susah nak bangun & berjalan. boleh baca pasal akar kayu ni kat pilurat.blogspot.com
Fatimah Bt Tony Fatimah Bt Tony 09 November, 2013
bahaya jugak sakit sendi ni yer.
mohd amir mohd amir 24 December, 2013
Terima kasih Atas info diatas..
ana iena ana iena 26 April, 2014
tq atas info..sy sedang mengalami nya..
Anonymous Anonymous 23 July, 2014
Sy pn sedang mengalaminya...1jam xboleh bgerak lngsung..1jam kemudian bru bleh bgerak.1jam next bleh bngun.n 1jam next bru bleh bdiri..start pkul 7 pg...now bru ok skit.tp still xleh nk bongkokkan bdn sngt...
Anonymous Anonymous 15 September, 2014
Saya berumur 15 tahun tapi telah menghadapi sakit belakang sejak darjah 5 dimana waktu itu saya menghidap penyakit asthma. Semenjak itu, sakit di belakang saya semakin teruk dan setiap hari saya rasa ingin diurut. Pada mulanya, saya hanya memandang benda ini sebagai benda kecil tetapi semakin lama, saya tidak tahan . Saya takut jika berlaku apa apa yg tak baik kepada saya.. Saya hanyalah manusia yang berumur 15 tahun. :'(
Ummi Abida Ummi Abida 06 November, 2014
sakit belakang adalah antara masalah kesihatan tertinggi di malaysia ye. baik yang muda atau yang dah berumur pun boleh mengalaminya. antara alternatif lain ialah pengambilan suplemen yang dapat menyokong kekuatan tulang dan sendi bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk. carilah suplemen yang terbaik, semulajadi dan selamat!
Noor Hafizah Noor Hafizah 24 January, 2015
Muda2 lagy da sakit pggamg bagai.. sllu sy dgr cakap org2 tua kat kampong sy.. tulang blkng sy trase sgt2 skit bila sy bongkok.. duduk kna tegak bagai.. bila baring lama lagy la trase sengal badan.. sy xtahu mngkin kesan skit blkg tuh x tahu la.. tp pergelangan tangan kanan sy sllu kejang tiba2.. sy bekerja di kedai makan.. nak hntr makn n mnum customer pon seksa... nak ke hospital sy x branie..
voltric 80 Peter Gade voltric 80 Peter Gade 13 February, 2015
Saya aktif bermain badminton. Apabila sakit belakang bhg pinggang, saya akan melakukan senaman harimau. Alhamdulillah berkesan.
Kalsom Ali Kalsom Ali 28 March, 2015
Assalamualaikum....anda bermsalah sakit tulang belakang....mai whatsapp saya 0176607841 ...saya ada cara mudah dan selamat
norfilzah kasim norfilzah kasim 19 November, 2015
saya ada jalan penyelesaian masalah puan.. saya juga seperti puan dulu. penah berjalan guna tongkat, sebab badan x boleh tegak..sakit pinggang dan belakang.. :) boleh pm saya di no. 019-2272308. :) insyallah saya cuba selesaikan masalah puan, dan sesiapa yang ada sakit belakang tu.. memang seksa sakit belakang ni.. tapi setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali ajal maut je.. :)
Salina bt Abdullah Salina bt Abdullah 22 November, 2015
sy ada cara utk melegakan sakit belakang atau pinggang anda tanpa suntikan, ubat, urut dan yg sewaku dgnnya. whatsapp sy di 017-3947835
qadirah qadirah 28 November, 2015
saye nak tahu masalah penuaan terjadi dari setiap lavel atau hanya lavel tertentu saja,,L2-L3,L3-L4,L4-L5 saye mengalami masalah disca(cakera),,tetapi lavel lain tak ada sebarang masalah,,semuanya normal,,doktor bagihatu proses penuaan.
Ahfaz Rodriguez Ahfaz Rodriguez 28 December, 2015
Adakah menggunakan peralatan seperti baju sokongan tulang belakang boleh mencegah sakit belakang,atau menjadikan sebaliknye?
Mohd Hafiz Mohd Hafiz 24 January, 2016
Insyaallah dengan penggunaan baju support dapat mengurangkan sakit tulang belakang.

https://www.facebook.com/pakartulangbelakang/
Anonymous Anonymous 29 February, 2016
Assalamualaikum saya sedang mngalami sakit blakang.. Tpi mcm berlainan dngan kalian smua.. Setiap Kali saya bergerak CTH: nk berdiri, angkat kaki,nk berpusing,Dan setiap pergerakkan adalah 1 penyeksaan :( pinggang belah kanan rasa mcm mencucuk2 rasa mcm ditikam pon ada klau paksa kita akan terkejut mcm kna elektrik... Setiap pergerakan ada lah 1 penyeksaan Dan lgi 1 bila saya dpt berdiri bdan saya x bole nk tgar dye membongkok bila Cuba street kan badan adoiii.... Nk mntak pendapat sikit elok pgi berubat tradisional ataw klinik
Anonymous Anonymous 11 April, 2016
terima kasih untuk maklumat ini
nila anggraini nila anggraini 11 May, 2016
Terima kasih atas info bermnafaat ini.
Pn Nita Pn Nita 04 June, 2016
Sedang mengalaminya..seksa..ujian dr Allah..nk bernafas pun susah..baring sakit..duduk pun sakit..jln pun sakit..x tau nk buat apa..kalau esok pun x baik kena pi spital le jwbnyer..
Anonymous Anonymous 13 July, 2016
Sy pun mengalaminya. Klu salah posisi badan mmg kena lah. Mcm2 cara dh guna termasuk lah membeli baju support blkg tu. Akhirnya x tahan pergi klinik dan dia beri ubat release otot(progesic)baru ada nmpk kesan positif sedikit. Bila dh kurang sy selang selikan dgn berjalan @senaman ringan. Dlm 3hari juga bru pulih.kesimpulannya ubat doktor mmg kena mkn juga utk kurangkan sakit dan baru lah bole nk buat regangan. Sekadar berkongsi.
Rama Herbal Rama Herbal 03 August, 2016
Saya lebih memilih untuk menggunakan beberapa fitur dari blog anda yang dipasang pada di blog saya apakah Anda tidak keberatan. Tentu saja aku akan memberikan link di blog web Anda. Terima kasih telah berbagi.
obat herbal sinusitis
pengobatan asam urat secara alami
Kasmani Nawai Kasmani Nawai 30 May, 2017
Saya mengalami masalah yg sama.kali ni yg kedua.lebih teruk sehingga x boleh bangun ketika baring.xleh rukuk ketika sembahyang.masa berjalan pun kena tunduk kedepan sikit.sakit belakang tu menyebabkn kaki kiri saya berasa kebas.ada apa2 petua atau nasihat tolong sharekn.makasih