Senarai Exco Kerajaan Negeri Johor 2013


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Majlis angkat sumpah diadakan dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan dan ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan.

Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidaka akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008 - mStar online

Barisan Exco Johor 2013 Bersama Tuanku Sultan Johor

Senarai Penuh Exco Kerajaan Negeri Johor 2013

1) Datuk Tee Siew Kiong - Portfolio Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan.

2) Asiah Md Ariff - Portfolio Exco Wanita dan Keluarga (Muka Lama)

3) Md Jais Sarday - Portfolio Exco Pembangunan, Keusahawanan dan Koperasi (Muka Lama)

4) Datuk Hasni Mohammad - Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

5) R. Vidyanathan - Portfolio Perpaduan dan Sumber Manusia

6) Abd Mutalip Abd Rahim - Portfolio Exco Agama

7) Datuk Abdul Latiff Bandi - Portfolio Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan

8) Ismail Mohamed - Portfolio Exco Pertanian dan Industri Asas Tani

9) Datuk Zulkarnain Kamisan - Portfolio Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan.

0 comment... add one now