Senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor 2013



Senarai Penuh Exco Kerajaan Negeri Selangor 2013

Empat muka baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) di Istana Alam Shah hari ini.

Mereka adalah bekas speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), V Ganabatirau (DAP-Kota Alam Shah), Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) dan Sallehen Mukhyi (PAS-Sabak).


MB Selangor

Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor:

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mengingatkan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat itu agar menunaikan manifesto yang telah dijanjikan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Beta mengharapkan parti yang dipilih oleh rakyat Selangor hendaklah menunaikan janjinya tanpa berlengah dan dilaksanakan dengan adil dan saksama.

"Manifesto yang telah dibuat oleh sesebuah parti itu merupakan satu janji dengan rakyat dan akan dilaksanakan," titah Sultan Sharafuddin.

Sultan Selangor turut menggesa ahli mesyuarat kerajaan negeri agar menjauhkan diri daripada gejala rasuah.

"Jauhkan diri daripada rasuah kerana jika diamalkan akan menjatuhkan maruah dan imej seseorang dan boleh merosakkan negeri Selangor.

"Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat ini mengambil kesempatan untuk memperoleh sesuatu demi kepentingan diri sendiri.

Sultan Selangor menganjurkan bahawa usaha pendamaian diantara parti-parti politik dijalankan.

"Beta menyarankan ahli politik perlulah berbaik-baik semula dan bekerjasama serta menumpukan tenaga untuk membina kemakmuran negeri Selangor berikutan tempoh berkempen pilihan raya telah pun tamat," jelas Sultan Sharafuddin - Astro Awani

0 comment... add one now