Punca Dan Keadaan Terkini Jerebu Di Semenanjung Malaysia

Jerebu Yang Semakin Teruk
Terkini - Jerebu Tahap Bahaya Di Muar Di SINI

KUALA LUMPUR: Tiada tanda-tanda keadaan jerebu di Semenanjung semakin pulih, walaupun kawasan-kawasan yang mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100 telah turun kepada lima dari enam sebelum ini.

Menurut data dari Jabatan Alam Sekitar, keadaan jerebu semakin teruk di Melaka, Bukit Rambai dan Port Dickson yang masing-masing mencatatkan IPU 161, 135 dan 120 setakat pukul 5 petang.

Sebelum ini, angka-angka tersebut adalah masing-masing 129, 120 dan 117 setakat pukul 11 pagi. Cara semak Indek Pencemaran Udara (IPU) terkini di Malaysia di SINI

Dua lagi kawasan yang dilitupi dengan kualiti udara yang kurang sihat adalah Pelabuhan Kelang dan Kemaman.

Muar pula mencatatkan bacaan IPU yang menurun dari 110 ke 86.

Pihak berkuasa kesihatan telah memberi nasihat awam, terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah pernafasan untuk mengurangkan aktiviti luar - Astro Awani

Berita Jerebu di Singapura dan Indonesia di SINI
Apakah Itu Jerebu?
Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

"Punca-punca tempatan pula adalah disebabkan pembakaran terbuka, kebakaran tanah gambut, pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri," 

Kebakaran tanah dan hutan yang tidak terkawal di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia membawa jerebu ke kawasan barat Semenanjung Malaysia, menyebabkan kawasan Lembah Klang dilanda fenomena itu tahun lepas. 
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
  1. Pembakaran terbuka
  2. Pembukaan tanah
  3. Penggunaan kenderaan bermotor
  4. Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika, angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun  barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
  1. Tempoh cuaca kering yang panjang
  2. Keadaan atmosfera yang stabil
  3. Sumber pencemaran yang pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
  1. Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
  2. Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
  3. Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
  4. Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
  5. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia  
IPUPENGKELASAN
0 - 5Sihat
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
> 300Berbahaya
<http://pmr.penerangan.gov.my>

Lagi Berita mengenai Jerebu di SINI

0 comment... add one now