Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2017 Online

Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2017 Online. Anda ada membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2017 (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia)? Semakan Keputusan Tawaran ke ILJTM yang meliputi ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Untuk makluman, kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP.

semakan keputusan iljtm online

Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2017 Online

Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan. tawaran ke ILJTM secara online.

  1. Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
  2. Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul

Cara Buat Permohonan Ke ILP, ADTEC Dan JMTI

Untuk memohon ke ILJTM, permohonan secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai.

Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.

Apa Itu ILJTM?

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada:
  • (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
  • (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
  • (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan,Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Senarai ILJTM Mengikut Negeri

  • Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
  • Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
  • Negeri Sembilan: ILP Pedas
  • Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
  • Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
  • Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
  • Perlis: ILP Kangar
  • Kelantan: ILP Kota Bharu
  • Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman
  • Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut
  • Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
  • Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
  • Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
  • Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu
 

Semoga panduan panduan dan Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2016 Online ini bermanfaat buat mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke ILJTM.

0 comment... add one now