Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini. Berikut adalah skala gred standard yang digunapakai oleh semua sekolah dalam SAPS untuk rujukan semua. Semoga Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini ini dapat membantu dalam proses pembelajaran yang cemerlang untuk anak anda. Juga dikongsikan gred baru PT3 KHB 2015 di bawah ini.
saps markah

Untuk makluman, murid tahun 1, 2 dan tingkatan 1 pula terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak menyediakan semakan untuk ibu bapa bagi melihat keputusan PBS sepertimana SAPS. Keputusan hanya boleh diperolehi melalui guru kelas / mata pelajaran.


Sistem Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 

Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015

1) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015

Terdapat 2 sistem yang digunakan di Sekolah Rendah tahun 2015 iaitu 
  • Pelajar Darjah 6 yang masih menggunakan sistem pembelajaran lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan menggunapakai julat gred yang lama. 
  • Manakala pelajar tahap dua (darjah 4 & 5) yang menggunakan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggunakan julat gred yang baru.
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan sr 2015

2) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2015

Gred pencapaian MR 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2 & 3 tahun 2015. Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai. Tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan mr 2015

Gred PT3 Mengikut Peratusan Markah Terkini Mulai 2015

  • A 85-100
  • B 70-84
  • C 60-69
  • D 50-59
  • E 40-49
  • F 01-39
  • Tidak Hadir (TH)- 0
* Nota: Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.

** Gred Baru PT3 KHB 2015. Desas desus ada kemungkinan terdapat perubahan dalam julat markah keputusan peperiksaan PT3 2015 di mana Gred Markah A akan diturunkan ke julat 80 hingga 100 buat KHB dan bukan KHB. Gred B untuk KHB pula adalah 65-79 dan Gred C 50-64. Untuk selain KHB, markah 70-79 adalah Gred B dan 60-69 adalah Gred C. Apa-apapun kita nantikan sama-sama pengumuman rasmi dari LPM jika julat markah PT3 2015 ini akan ditukar.
gred markah pt3 terkini 2015

3) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2015

Gred pencapaian MA 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 4 & 5 tahun 2015. 

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan ma 2015


GRED PEMARKAHAN LAMA

SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)

SAPS

SKALA GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3) 



SAPS

SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5) 



SAPS

SISTEM GRED SPM




Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.

Gred 3B ditukar kepada  B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

3 comments.. read them below or add one

syakir mazlan syakir mazlan 11 Februari, 2014
tolong la bgi tau .. yg bi spm gred 2013 x naik ..hahha .. lemah btol la bi