Contoh Karangan Pinjaman Dan Biasiswa MARA Dalam Bahasa Melayu

Contoh Karangan Pinjaman Dan Biasiswa MARA 

Saya Mohd Alif Bin Jasni, berumur 24 tahun dan lahir pada 13 Oktober 1988 di Wilayah Persekutuan. Saya merupakan anak yang sulung dari 4 orang adik beradik. Sebaik sahaja pengajian SPM, saya menyambung pelajaran dalam Asasi Undang-Undang KPTM selama setahun di Universiti Teknolgi MARA, Shah Alam. Tamat sahaja Asasi, saya telah mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya menamatkan pendidikan dengan pngk sebanyak 3.45 untuk sesi 2007/2010.

Dari segi pengalaman dalam bidang akademik dan penyelidikan saya telah memohon untuk menjalankan praktikal di Fakulti Pentadbiran, University of Auckland selama 2 bulan pada Mei 2011- Jun 2011di bawah bimbingan Prof. Emeritus Dr. Nicholas Tarling. Minat terhadap bidang akademik, membuatkan saya ingin melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Pengadilan Jenayah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Tujuan saya mengambi sarjana ini bagi mempelbagaikan lagi bidang kepakaran saya kepada area undang-undang dan bidang forensik memandangkan sarjana yang bakal diambil ini adalah gabungan dari beberapa teras seperti Undang-undang, Forensik dan Sains Sosial.

Kompetitif dalam peluang pekerjaan di Malaysia pada hari ini menjadikan kepakaran kepada pelbagai bidang adalah penting supaya dapat menyediakan diri saya untuk lebih berdaya saing bersama graduan-graduan lepasan universiti di masa hadapan.  Jika saya telah menamatkan pelajaran saya di Universiti Malaya dengan baik, saya akan cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar. Saya juga akan berbakti dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession undang-undang amat diperlukan didalam negara. Impian saya untuk menjadi tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi membuatkan pengambilan sarjana ini adalah suatu platform yang terbaik dan sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang akademik.

Selain menjadi tenaga pengajar, sarjana ini turut meluaskan skop saya dalam memilih bidang pekerjaan selepas menamatkan program ini. Saya bukan sahaja hanya tertumpu satu bidang sahaja tetapi lebih terbuka kepada bidang-bidang professional yang lain seperti undang-undang, khidmat masyarakat, kerja sosial, pentadbiran, governans dan sebagainya. Saya akan memanfaatkan sepenuhya permohonan MARA untuk melanjutkan pembelajaran yang berdaya saing, mentransformasi diri untuk berbakti kepada negara, mentarbiah diri dalam pembangunan pembelajaran dan masyarakat secara produktiviti, inovasi, dan inklusif, mempelbagaikan ilmu di dada dalam pembangunan arus perdana. SUMBER

0 comment... add one now