Gambar Dan Video Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines Terhempas Di San Francisco Airport


SAN FRANCISCO (7 Julai 2013) - Seramai dua penumpang pesawat Asiana Airline Boeing 777 terbunuh selepas ekor pesawat itu terlanggar landasan sebelum terhempas.

Menurut kenyataan media Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, ekor pesawat itu telah melanggar landasan dan terus menyimpang ke kiri landasan.



Dalam nahas  itu, dilaporkan 181 penumpang yang lain tercedera apabila pesawat  yang terhempas tersebut terbakar.  

Pesawat itu dikatakan membawa 307 penumpang  termasuk 16 krew penerbangan.



Kenyataan itu turut melaporkan, sebaik menerima panggilan kecemasan, empat anggota polis telah dihantar untuk memeriksa kawasan kemalangan.



Ia adalah kemalangan maut pertama yang  melibatkan sebuah pesawat penumpang Asiana sejak Jun 1993.

Sebelum ini, pesawat Asiana Boeing 737 terhempas ke dalam gunung di Korea Selatan dan 68 penumpangnya terbunuh - Sinar Harian

VIDEO 1 Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines Terhempas Di San Francisco Airport - 2 Terbunuh



VIDEO 2 Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines Terhempas Di San Francisco Airport - 2 Terbunuh

1 comment... add one now

terbelog.com terbelog.com 08 July, 2013
amboi..dasyatnyer..
nasib2
omputeh yg bijak pun jd cmni