Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Syarat Permohonan Dan Kemasukan MTD. Pasti ramai pelajar yang berminat untuk memasuki ke Maktab Tentera DiRaja atau ringkasnya MTD. Apakah syarat kemasukan atau syarat permohonan kemasukan ke MTD sesi terkini 2018? Perkongsian syarat kemasukan MTD di bawah ini meliputi syarat akademik, syarat fizikal dan kesihatan. 

Untuk makluman, permohonan kemasukan Putera 2018 Maktab Tentera DiRaja (Tingkatan 4) perlu di buat melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web www.rmc.edu.my. Ianya terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 (Tahun 2017 - tahun semasa). Tarikh buka permohonan adalah sekitar bulan Ogos setiap tahun.

syarat permohonan dan kemasukan mtd terkini

Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting syarat permohonan dan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja terkini.

Maklumat Am Permohonan 

  • Permohonan adalah dibuka untuk pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017
  • Tarikh buka permohonan adalah bermula 10 Ogos 2017 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2017 

Syarat Kelayakan Akademik Dan Permohonan MTD

Pelajar perlu melepasi syarat-syarat berikut sebelum membuat permohonan :- 
  1. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2017 iaitu sekurang-kurangnya 7A 
  2. Kelayakan Memohon : Pengambilan Putera MTD Tingkatan Empat Sesi Pengajian Tahun 2018-2019 adalah berdasarkan kepada keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 tahun 2017. Calon-calon yang mendapat keputusan 5A layak memohon bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum 

Syarat Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan

  1. Warganegara Malaysia lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018
  2. Jantina - Lelaki
  3. Tinggi Minimum - 152 sm
  4. Berat Minimum - 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27
  6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas) 
  7. Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12). 
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak. 

Keputusan Penggilan Menghadiri Ujian Pemilihan Dan Temuduga Awal

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi Facebook rasmi MTD (Maktab Tentera DiRaja) dan Laman Web Rasmi MTD seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan. Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2018

  1. Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD. 
  2. Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2017. 

Maklumat Yuran Pengajian Dan Elaun MTD

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran Putera dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562 Syarat Permohonan MTD 2018.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) ini bermanfaat buat semua. Selamat membuat permohonan kemasukan ke MTD kepada pelajar yang berkelayakan.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Hafiz eypoh Hafiz eypoh 03 Februari, 2014
Kalau form 3 tahun 2014 , kan ada PBSMR . cam mana pulak ??
Affiq Daniel Affiq Daniel 21 April, 2014
kami da x de PMR...cam mne ??
Mohd Azlan Mohd Azlan 16 Ogos, 2014
kami nk msk ... mcm mne nk daftar?? mne nk cri borang??
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Ogos, 2014
Kami PT3....mcm mne...
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Ogos, 2014
saya nak tanya cara untuk mendaftar. Borang permohonan kena hantar ke alamat :-

Sel Pemilihan
Pusat Pengurusan Maklumat
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR

dan hanya perlu tunggu maklum balas
Rossa Calla Rossa Calla 18 Ogos, 2014
Yup...Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja dan iklan kemasukan MTD untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Farah Aqila Farah Aqila 22 Ogos, 2014
untuk pelajar perempuan takde ke ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 04 September, 2014
Untuk bach 2014 kan ade
pt3 macam mana?????
Rossa Calla Rossa Calla 04 September, 2014
ini permohonan link terbaru
http://rossacalla.blogspot.com/2014/09/permohonan-kemasukan-ke-maktab-tentera-diraja-2015-online.html
Fairuz Pedot Fairuz Pedot 21 September, 2014
Assalamualaikum sy ingin brtanya..sy telah mendaftar ke mtd secara online..jdi sy trlupa kata laluan..jdi mcm mne nk wat ya..sbb sy belum lengkapkn sepenuhnya lagi..hrp dimaklumkn segera..
Mohd azlan Mohd azlan 07 November, 2014
Asslamualaikum . saya telah mendaftar mtd secara online . jadi saya terlupa kata laluan . jadi mcm mna nak buat ya ??
gogulnath gogulnath 22 Disember, 2014
I nak masuk borang kat mane?
Rossa Calla Rossa Calla 22 Disember, 2014
rujuk di sini
http://rossacalla.blogspot.com/2014/09/permohonan-kemasukan-ke-maktab-tentera-diraja-2015-online.html
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Februari, 2015
Assalamualaikum Encik. Saya nak tanya umur 20 tahun(2015) boleh masuk ke MTD? Kelayakan STPM.
Efa theha Efa theha 11 Ogos, 2015
Pelajar perempuan tak ada? :'(
SHAHRUL ARKIMI SHAHRUL ARKIMI 15 November, 2015
assalamualaikum tuan puan saya ingin tahu bilakah pemohonan diluluskan sampai sekarang saya tidak dengar khbar tentang kelulusan pemohonan rmc ini...
saya sungguh berminat untuk menyetai rmc ini
sya mintak tolong luluskan pomohonan saya
nama saya MUHAMAD SHAHRUL ARKIMI BIN MOHD AZAM tolong la Tuan Puan
Unknown Unknown 20 Julai, 2016
Halo sir help me tahun ni bila panggilan rmc