Contoh Soalan Dan Panduan Skema Kertas 3 Sejarah SPM

Contoh Soalan / Panduan Jawapan / Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah SPM
Sila Klik :

Contoh Tugasan Kertas 3 Sejarah SPM.

soalan dan skema spm 2013Sebagaimana yang pelajar sedia maklum, tugasan kertas 3 akan diberikan satu bulan awal sebelum peperiksaan sebenar. Maksud di sini, cikgu-cikgu pelajar sekalian sepatutnya dah berikan tugasan berdasarkan TEMA  UMUM sebagaimana di bawah sebulan awal sebelum pelajar-pelajar diberikan soalan sebenar pada hari peperiksaaan.

Contoh:

Tugasan untuk calon

SOALAN SEBULAN SEBELUM PEPERIKSAAN

Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Berdasarkan tajuk di atas ;


  • Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.

  • Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.

  • Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Soalan PEPERIKSAAN SEBENAR akan diberikan pada hari peperiksaan

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Manakala pada hari peperiksaan, pelajar-pelajar akan diberikan soalan sebenar yang merangkumi 8 konstruk. Dengan kata lain, pelajar-pelajar akan diberikan 8 soalan berdasarkan tema yang diberi. Markah penuhnya sudahpun dinyatakan di sebelah.

Semasa menjawab soalan ini, pelajar harus bijak menghuraikannya. Oh ya buat dalam bentuk esei. Jangan buat point-point okey.

Biasanya 3 soalan pertama, jawapannya sudahpun ada dalam buku teks. 

SOALAN HARI PEPERIKSAAN:

Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan: Huraikan kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan pencapaian negara kita pada hari ini

Peringatan;
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format
Perincian
Markah penuh
Pengenalan
1.Pengenalan
Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara

5 markah
Isi dan huraian
2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

30 markah

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand

15 markah

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan kedaulatan negara

15 markah

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat

10 markah

6.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara ( 5 markah )
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas  ( 5 markah )

10 markah

7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita

10 markah
Kesimpulan
8. Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh.
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara.
Harapan untuk mengekal serta mengisi kemerdekaan negara.

5 markah

4 comments.. read them below or add one

ghohana ghohana 24 August, 2013
sejarah tingkatan 5 bab 5 . urgent !
Sharon Ron Sharon Ron 18 August, 2015
mana jwpn soalan kertas 3 tu