Keputusan Hoki Piala Asia 2017 Bangladesh

Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Asia 2017. Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 melibatkan pasukan lelaki Malaysia akan berlangsung pada 11 hingga 22 Oktober 2017 di Dhaka, Bangladesh. Kejohanan 4 tahun sekali yang kini memasuki edisi ke 10 akan menawarkan pemenang/ juara satu slot/ tempat ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di India. Untuk rujukan peminat hoki di Malaysia, berikut dikongsikan Jadual Perlawanan Dan Keputusan Hoki Piala Asia 2017 atau dikenali sebagai Hero Hockey Asia Cup.

Pada edisi tahun 2013, pasukan Malaysia berjaya menduduki tangga keempat dengan Korea Selatan berjaya menjadi juara dan seterusnya layak ke Kejohanan Hoki Dunia di Belanda. Siaran langsung perlawanan boleh ditonton di Saluran Astro Arena 801/ 802 HD.
jadual dan keputusan Hero Hockey Asia Cup 2017

Keputusan Hoki Piala Asia 2017 Dan Jadual Perlawanan

Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Bangladesh kali ini bakal menyaksikan 8 pasukan bersaing dalam 2 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman. Berikut adalah senarai lengkap pasukan dalam setiap kumpulan. 

2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke ke pusingan kedua yang juga dijalankan secara kumpulan round robin. 2 teratas kumpulan layak ke final.

Kumpulan A

  1. India 
  2. Pakistan
  3. Jepun
  4. Bangladesh

Kumpulan B

  1. Malaysia
  2. Korea Selatan
  3. China
  4. Oman
Berikut adalah jadual lengkap perlawanan beserta keputusan terkini melibatkan Malaysia dan semua pasukan di 2017 Men Hockey Asia Cup.

Jadual Dan Keputusan

Kumpulan A

11 Oktober 2017


  • 15:00 India 5 – 1 Japan 
  • 17:30 Pakistan 7 – 0 Bangladesh

13 Oktober 2017 


  • 15:00 Jepun 2 – 2 Pakistan
  • 17:30 India 7 – 0 Bangladesh

15 Oktober 2017 


  • 15:00 Jepun 3 – 1 Bangladesh 
  • 17:30 Pakistan 1 – 3 India 

Kumpulan B

12 Oktober 2017


  • 15:00 Malaysia 7 – 1 China  : 12', 19' Tengku Tajuddin & 17,' 31'(PC), 41' Faizal Saari, Shahril Saabah 35', Ramadan Rosli 60' dan E Wenhui 56'
  • 17:30 South Korea 7 – 2 Oman 

14 Oktober 2017 


  • 15:00 China 2 – 1 Oman Report
  • 17:30 South Korea 1 – 2  Malaysia  : 7' (PC) Faizal Saari, 19' (PC) Azri Hassan dan 26' Lee Seunghoon

16 Oktober 2017


  • 15:00 Malaysia 7 – 1 Oman : 16' (PC), 27' Faizal Saari, 18', 23' Tengku Ahmad Tajudin, 20' (PC) Shahril Saabah, 40' (PC) Amirol Arshad, 42 (PC) Najmi Jazlan
  • 17:30 China – South Korea 

Pusingan Kedua

Perlawanan pusingan kedua adalah secara round robin. 2 pasukan teratas akan layak ke Final Piala Hoki Asia 2017.

* Tambah 2 jam untuk mendapatkan waktu Malaysia

18 October 2017


  • 15:00 : Malaysia 3 2 Pakistan L : 1' Umar Bhutta (PAK), 10' (PC) Razie Rahim (MAS), 19' Azfar Yaqoob (PAK) , 25' Shahril Saabah (MAS)  & 33' (PS) Fitri Saari (MAS)
  • 17:30 : India 1 – 1 Korea Selatan

19 October 2017


  • 15:00 : Korea Selatan  1 1 Pakistan
  • 17:30 : Malaysia 2 6 India

21 October 2017


  • 19:00 : India  4 0 Pakistan
  • 21:30  : Korea Selatan  1 – 1  Malaysia : 24' Yang Jihun (PC) & 59' Faizal Saari (PC)
Malaysia layak ke perlawanan akhir Hoki Piala Asia 2017 bertemu India

Perlawanan klasifikasi ke 3/ 4 : 22 Oktober 2017


  • 15.00 (5 petang waktu Malaysia) : Korea Selatan 3 - 6 Pakistan

Final Hoki Piala Asia 2017 : 22 Oktober 2017


  • 1730 (730 malam waktu Malaysia ) : India 2 - 1 Malaysia : 3' Ramandeep Singh (IND), 29' Lalit Upadhyay (IND) & 50' Shahril Saabah (MAS)


Selamat berjuang buat skuad hoki lelaki Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Bangladesh. Moga pasukan Malaysia mampu menjuarai kejohanan kali ini.

0 comment... add one now