Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015

Panduan Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB 2015. Menjelang hujung tahun pasti dinantikan oleh pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana pada waktu ini biasanya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar pengagihan dividen dan bonus ASB. Untuk tahun 2015, kadar dividen dan bonus dijangka diumumkan pada minggu kedua bulan Disember 2015. Pada tahun lepas, ianya telah diumumkan pada 18 Disember 2014.


Kadar pengagihan pendapatan ASB 2015

Dalam pada itu ASNB telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Disember 2016 bagi pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2015.

Untuk rekod, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB tahun 2015 beserta rekod pengagihan untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2015.
 
TahunKadar Dividen ASBKadar Bonus ASBJUMLAH
(sen : unit)(sen : unit)(sen : unit)
20157.250.57.75
20147.518.5
20137.718.7
20127.751.158.9
20117.651.158.8
20107.51.258.75
20097.31.258.55
200871.758.75
2007819
20067.31.258.55
20057.251.759
20047.2529.25
20037.2529.25
2002729
20017310
20009.75211.75
19998.51.50 + 2.00 (special bonus)12
199882.510.5
199710.251.2511.5
199610.25313.25
199510313
19949.54.514
199394.513.5
19927.5512.5
19918.5412.5
19908614

Semoga Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015 yang diumumkan nanti mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua.

0 comment... add one now