Apa Maksud Status Bumiputera Untuk Kemasukan Ke IPTA?

Apa Maksud Status Bumiputera

Takrifan Bumiputera - Semenanjung

  • Semenanjung 
Jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

Takrifan Bumiputera - Sabah

  • Sabah 
Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Status bumiputera

Takrifan Bumiputera - Sarawak

  • Sarawak 
Jika bapa DAN ibu calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.


Nota: Takrif Bumiputera yang diguna pakai adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke IPTA.

0 comment... add one now