Langkah Berjimat Cermat Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

Senarai Langkah Berjimat Cermat Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup. Kos sara hidup tidak kira di bandar atau kampung kini telah meningkat. Jika anda salah seorang dari mereka yang bimbang tentang kenaikan kos sara hidup dan tertanya-tanya bagaimana untuk hidup pada tahun-tahun mendatang, berikut adalah senarai langkah berjimat cermat yang mungkin berguna untuk anda.
Barang naik
Anda mungkin tidak begitu berjimat sebelum ini tetapi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, anda belum terlambat untuk memulakannya. Belajar berjimat adalah satu pengajaran yang boleh membantu anda mencari 'wang baru'. Siapa tahu, dalam 30 hari anda mungkin teruja dengan perubahan diri sendiri dan juga soal kewangan. Lihat ini.

Senarai Langkah Berjimat Cermat Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

  • 1. Minum air kosong atau beli air yang murah. Berhenti memesan air minuman yang mahal.
  • 2. Rancang urusan tugasan anda dengan teratur terutama semasa membeli belah. Sentiasa mempunyai senarai barangan perlu semasa membeli-belah.
  • 3. Duduk di rumah dengan menghabiskan lebih masa dengan keluarga.
  • 4. Batal langganan akhbar. Anda mungkin tidak ketinggalan dalam menikmati berita terkini dengan memilih membaca secara online.
  • 5. Buat sesuatu dengan sendiri. Belajar untuk menjadi seorang yang berguna dan kreatif tanpa memerlukan kepakaran orang lain
  • 6. Berhenti membayar faedah (Kad Kredit). Membayar secara tunai atau jangan membeli jika anda tidak mampu.
  • 7. Berjalan-jalan makan angin hanya jika perlu atau memilih perjalanan budget. Ianya mungkin lebih menyeronokkan.
  • 8. Gunakan telefon bimbit dengan berhati-hati. Mengoptimumkan perkhidmatan percuma
  • 9. Potong atau warna rambut anda sendiri. Minta kawan untuk membantu anda.
  • 10. Mengekalkan barang sediada anda. Tidak mengapa membayar lebih sedikit untuk membaikinya.
  • 11. Simpan tenaga. Melakukan pekerjaan yang baik untuk alam sekitar.
  • 12. Beli pakaian murah tetapi berkualiti walaupun tidak berjenama.
  • 13. Rancang ke hadapan dengan membeli barangan secara pukal.
  • 14. Memasak di rumah.
  • 15. Jangan basuh pakaian selalu. Pakai pakaian sama sekurang-kurangnya dua kali.
  • 16. Membeli-belah dengan hari diskaun dan baucer diskaun.
  • 17. Membeli semasa musim perayaan. Pastikan ianya murah.
  • 18. Beli pakaian bundle. Pilih pakaian yang seperti baru.
  • 19. Kurangkan makan di restoran kecuali pada hujung minggu.
  • 20. Bawa makanan dari rumah semasa makan tengah hari. Ia lebih sihat.
  • 21. Jangan window shopping. Kelak anda akan tergoda untuk membeli.
  • 22. Membaca dalam talian.
  • 23. Cari hiburan yang percuma di Internet.
  • 24. Cari senaman yang jimat seperti berjalan.
  • 25. Jaga kesihatan dan bil-bil perubatan yang rendah.
  • 26. Carpool, berjalan atau berbasikal jika anda boleh.
  • 27. Tawar menawar untuk diskaun semasa membeli. Jangan malu untuk bertanya.
  • 28. Beli barang keperluan hanya jika ianya penting. Kurangkan beli aksesori dan hanya pakai yang standard
  • 29. Kurangkan merokok. Melindungi paru-paru anda.
  • 30. Berhenti clubbing ke kelab malam atau karaoke.
Semoga Senarai Langkah Berjimat Cermat Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup di atas ini mampu membantu anda untuk terus gembira dalam kehidupan yang serba mencabar ini.
 

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 13 Januari, 2014
potonglah mana2 yang perlu ye tak?