Semak Harga Barang Harian Pengguna Online Melalui 1MPB

Semak Harga Barang Harian Pengguna Online Melalui 1MPB. Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan yang dijual di 1,255 premis perniagaan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian.

Portal itu akan juga dipantau oleh seramai 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.

semak harga barang 1MPB online
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

SEMAKAN HARGA BARANG HARIAN TERKINI PENGGUNA ONLINE : KLIK 1MPB

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!

0 comment... add one now