Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2018

Permohonan Rayuan KV Dan SMT Tahun 2018. Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT? Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang akan diumumkan pada 15 Januari 2018. Buat mereka yang tidak berjaya, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.KV dan SMT dengan hadir ke KV/ SMT yang dipohon mengikut tarikh yang ditetapkan.

Buat pemohon yang masih belum membuat semakan keputusan KV/ SMT , anda boleh berbuat demikian sehingga 22 Januari 2018.

Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2018

Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT Tahun 2018

Berikut dikongsikan panduan membuat surat rayuan kemasukan ke KV dan SMT ambilan tahun 2018. Mereka yang gagal dalam semakan keputusan boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon.

Menurut FAQ (Soalan Lazim) KV/ SMT, pemohon boleh merayu seperti jawapan berikut :-

Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?
Calon boleh hadir terus atau menghubungi  pihak institusi yang  terlibat  untuk membuat rayuan mulai  24 Januari hingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan 13 hingga 29 Februari 2018 (Aliran PAV).

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT 2018

Berikut adalah maklumat panduan cara membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT yntuk pelajar yang gagal dalam permohonan. Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke  mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :
  • Borang walk-in / rayuan
  • Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  • Contoh surat rayuan KV & SMT

Aliran Perdana

  • 24 Januari sehingga 20 Februari 2018 : *Walk- in/rayuan
  • 23 Januari 2018 : Pendaftaran Murid Aliran Perdana

Aliran PAV

  • 12 Februari 2018 : Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • 13 Februari Hingga 28 Februari 2018 : *Walk- in/ rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC

Pada kelazimannya, keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi dimana keputusan penempatan calon adalah bergantung kepada kekosongan.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di :-

Alamat BPTV:

  • Aras 6, Blok E14, Parcel E,
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
  • 62604 PUTRAJAYA.
  • No. Telefon : 03-8000 8000
  • u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094
Tahniah sekali lagi kepada pemohon yang berjaya, Kepada yang gagal, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT tahun 2018 dengan membuat rayuan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan.

0 comment... add one now