Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017 Semua Negeri. Antara Perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina 2017 bakal tiba tidak lama lagi. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2017 bakal berkuatkuasa bermula dari 23 Januari sehingga 3 Februari 2017. KPDNKK telah menetapkan harga  maksimum  bagi 13 jenis  barangan  harga  terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan kali ini. Perayaan Tahun  Baru Cina 2017 akan  disambut  pada 8 Februari 2016 di  seluruh  negara. 

  • Skim Kawalan Harga ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akan berkuatkuasa selama 12 hari iaitu 5 hari sebelum hari perayaan, 1 hari pada hari perayaan dan 6 hari selepas hari perayaan. 

Harga barang kawalan cny 2017

Senarai Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

Senarai barangan bagi SKHMP TBC 2017 adalah kekal dan sama seperti tahun lepas seperti berikut:-
  1. i) Ayam hidup
  2. ii) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  3. iii) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  4. iv) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram dan 69.9 gram sebiji)
  5. v) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram dan 64.9 gram sebiji)
  6. vi) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram dan 59.9 gram sebiji)
  7. vii) Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
  8. viii) Bawang putih (China)
  9. ix) Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)
  10. x) Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)
  11. xi) Babi hidup (*Harga maksimum di peringkat ladang sahaja)
  12. xii) Daging babi (perut)
  13. xiii) Daging babi (daging dan lemak)

Para   peniaga   diwajibkan   menjual   barangan   harga   terkawal tidak   melebihi   harga maksimum  yang  ditentukan  oleh  kerajaan  dan  meletakkan  tanda  harga  khas  berwarna merah jambu  ke  atas  barangan  harga  terkawal bagi  membezakan dengan  barangan  lain. 

Walau bagaimanapun, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi adalah lebih rendah. 

Senarai Lengkap Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

harga ayam

harga udang, ikan

harga daging

harga telur

Untuk senarai penuh harga barang kawalan, sila klik Facebook KPDNKK. Sila scroll kiri atau kanan sehingga anda dapat mencari barang kawalan yang diinginkan.

Jika  didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan  dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian ini melalui:

  • (i) Talian 03- 8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC)
  • (ii) Talian bebas tol 1-800-886-800
  • (iii) Emel ke alamat e-aduan@kpdnkk.gov.my
  • (iv) Aplikasi Ez-Adu
  • (v) SMS ke 15888 dengan menaip
  • “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>”
  • (vi) Lapor/hadir ke mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh negara

Semoga Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017 ini dapat membantu pengguna dalam membuat pembelian terbaik untuk persiapan utama perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Selamat Tahun Baru Cina 2017.

0 comment... add one now