Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan Ke SMT Dan KV

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2018. Berikut adalah contoh surat rayuan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional untuk rujukan para pemohon yang gagal. Untuk makluman,pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.KV dan SMT dengan hadir ke KV/ SMT yang dipohon mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh rayuan adalah berdasarkan kepada 2 aliran iaitu Aliran Perdana dan Aliran PAV.

Untuk makluman juga, semakan keputusan kemasukan ke KV & SMT ambilan tahun 2018 boleh disemak pada 15 Januari sehingga 22 Januari 2018. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi KV/ SMT tempat pelajar memohon.


Surat Rayuan Kemasukan Ke SMT Dan KV

Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2018

Berikut adalah contoh surat rayuan permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik buat panduan para pemohon yang gagal dan berminat untuk memasuki KV dan SMT.

(Nama Pelajar)
(Alamat Rumah)

Pengetua Kolej Vokasional……../Sekolah Menengah Teknik
(Alamat Lengkap Sekolah/ Kolej Vokasional yang dipohon)                              (Tarikh)

Tuan/ Puan,


Per : Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional ?......../Sekolah Menengah Teknik ?.....Bagi Sesi Kemasukan ke Ting. 4 tahun 2018


Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/ Puan untuk mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional?……/ SekolahMenengah Teknik?……..tingkatan 4 sesi 2018

2. Dalam keputusan Peperiksaan PT3 Tahun 2017 yang lepas,saya telah mendapat keputusan……..

3. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut:-

Nama Pemohon : Nama pelajar 
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar.... 
No Kad Pengenalan :……………….. 
Angka Giliran :…………………

4. Bersama-sama dengan surat ini, saya sertakan Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).rujukan pihak tuan/ puan

5. Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya bagi menempatkan diri di Kolej/ sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih


.………………………………………… tandatangan

(NAMA PENUH PELAJAR)

Selamat membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT tahun 2018. Moga perkongsian Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan Ke SMT Dan KV bermanfaat buat semua.

2 comments.. read them below or add one

Ping Calla Ping Calla 06 November, 2014
nice sharing sangat berguna