Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Permohonan RUMAWIP Online. Anda warga Wilayah Persekutuan dan ingin memiliki rumah mampu milik? Berita baik buat anda di mana permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) kini boleh dimohon secara atas talian atau online.

Apa Itu RUMAWIP

Menurut FAQ, RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Bagi mereka yang berminat, sila layari laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengetahui butiran lanjut mengenai RUMAWIP termasuk cara permohonan, syarat kelayakan, soalan lazim, senarai projek dan banyak lagi. Dijangkakan sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang melibatkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya dan baki 2,000 unit di Labuan
Permohonan RUMAWIP Online
RUMAWIP online

Cara Buat Permohonan RUMAWIP Online

Syarat Kelayakan RUMAWIP


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas dan telah bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun (Penyata KWSP dan Borang J LHDN diperlukan)
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon tidak melebihi RM10,000
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan
  • Pembeli hendaklah menduduki rumah dan tidak boleh disewakan kecuali mendapat kebenaran daripada agensi khas MUAWIP
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan rumah mampu milik yang dibangunkan

Borang Permohonan RUMAWIP

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik


1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :-

       -  Salinan Kad Pengenalan Pemohon

       -  Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)

       -  Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian

       -  Penyata Gaji Terbaru Pemohon

       -  Penyata Gaji Terbaru Pasangan

       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon

       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan

       -  Salinan Bil Elektrik

       -  Salinan Bil Air

       -  Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan

       -  Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)

       -  Surat Pengesahan Majikan Pemohon

       -  Surat Pengesahan Majikan Pasangan

       -  Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)

       -  Surat Akuan Sumpah

       -  Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran


       Klik disini untuk muat turun Senarai Semak dan Surat Akuan Sumpah

4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.

6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.


Maklumat lanjut sila klik Panduan MUAWIP

0 comment... add one now