Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Permohonan Online Borang Daftar E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dipetik dari Portal Pembasmian Kemiskinan, eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

e-kasih


Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:
  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan 

Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih

Menurut FAQ eKasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang  berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).
 

Apllikasi eKasih


Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.

Dengan adanya Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai di harap dapat memanfaatkan sistem ini dalam menyalurkan maklumat kemiskinan yang dihadapi secara online untuk semakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan Program 1AZAM

Bagi yang telah disahkan berdaftar di ekasih, anda boleh memohon Program 1AZAM. Ianya merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia
  2. Disahkan berdaftar sebagai peserta eKasih (Miskin / Miskin Tegar)
  3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500.00 (Bandar) ATAU RM 1,000.00 (Luar Bandar) sebulan
  4. Berumur 18 sehingga 55 tahun
  5. Mempunyai minat
  6. Mempunyai minat, berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil

JENIS PAKEJ PROGRAM 1AZAM

AZAM NIAGA

1.    Pakej Char KueyTeow

2.    Pakej Ice Blended

3.    Pakej Nasi Lemak Kukus

4.    Pakej ABC &Cendol

5.    Pakej Roti John

6.    Pakej Burger

7.    Pakej Satay

8.    Pakej Air Tebu

9.    Pakej Jagung Manis & Waffle

10.  Pakej Gorengan Pelbagai

11.  Pakej Sejuk Beku

12.  Pakej Kuih – muih

13.  Pakej Gerai Makan

14.  Pakej Roti Canai


AZAM KHIDMAT

15.  Pakej Jahitan

16.  Pakej Cuci Kereta

17.  Pakej Gunting Rambut

18.  Pakej Mesin Rumput

19.  Pakej Urutan / Refleksologi

20.  Pakej Spa Secara Mobile

21.  Pakej Katering


Pemohon  boleh  hadir  ke  Pejabat  Pembangunan  Negeri  yang terdekat  untuk  berdaftar  di  dalam  sistem  eKasih  sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka. Semoga Program e-kasih dan 1Azam ini dapat membantu mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dalam meringkan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
  
SUMBER 
 
   

{ 12 comments.. read them below or add one }

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 03 Februari, 2014
Assalammualaikum PP,

Terima kasih perkongsian nie..

mselim3
Sheila Adziz Sheila Adziz 14 November, 2015
bagus la ada program macam ni... ramai yg susah lagi kat negara kita ni....
Chik Qlate Chik Qlate 23 Disember, 2015
bgi yg ditolak knpe plak ye
Unknown Unknown 28 Disember, 2015
tidak boleh daftar pun... semak je boleh
Rossa Calla Rossa Calla 28 Disember, 2015
Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 Januari, 2016
assalam..maaf saya nk tnya nama sy ada dlm senarai KIR tp sy dikategorikn sbg SPB..dkt mana sy nk rujuk ye..
amirul aznil amirul aznil 02 April, 2016
macam mana nak daftar ? ayah saya sudah pencen tetapi masih ada tanggungan . mohon penjelasan . adakah ayah saya layak memohon ?terima kasih
norisdemiyanti norisdemiyanti 06 Mei, 2016
bagaimane cara nk mohon bantuan ternakan ayam kampung,sy amat minat nk bela ayam kg ni,tlg terangkn caranye
norisdemiyanti norisdemiyanti 27 Mei, 2016
adk sy x bekerja,hrp pd gj istri tp dia minat niaga kecil kecilan,dia ank peneroka,adakah layak mohon ekasih,klu boleh nk mte bntuan gerai beger tuk dia,tlg sy tuk bantu adk sy
Parimala Rima Parimala Rima 22 September, 2016
Harap maklum.anak I pelajar Tadika swasta.tahun in dah pelajar 3 thn.so dulu tahun cikgu LA bagi Surat ekasih I isi hantar Surat n then dapat bantuan.ni tahun pun sama cikgu daftar so bila Tanya bantuan cikgu kata in tahun sesipa pun tak dapat bantuan sekolah.I pun tak tahu LA.betul or tak?sekitar JoHOR Ulu Tiram.skian term kasih.