Kerja Kursus SPM Pendidikan Seni Visual Tahun 2014

Kerja Kursus SPM Pendidikan Seni Visual Tahun 2014

Soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) SPM 2014

Download Soalan KRSV from LPM.
  1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan : Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 
  2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 
  3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.
TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN
PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN
SITUASI
Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.
Rumah Pangsa
Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibina bagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyai laman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepas pulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilah yang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankan ketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediaman
yang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoni
yang kecil dan terhad.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
  1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.
  2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai.
  3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.
  4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap.
  5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih.
  6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.
  7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.
  8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
  9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.
  10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Teknik : Bebas
Ukuran : Panjang - 45cm, Lebar - 25cm
Tema : Mengikut kajian
Kerja Kursus SPM Pendidikan Seni Visual Tahun 2014
Nota:
  1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
  2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri
TUGASAN 2
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
SITUASI
Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami
kecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikal
yang sedia ada tidak mesra OKU.
TUGASAN
Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan
satu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankan
aktiviti harian dengan mudah.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
  1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian.
  2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.
  3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan.
  4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.
  5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna.
  6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.
  7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
  8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran : Panjang - 30 cm, Lebar - mengikut kesesuaian, Tinggi - 15 cm
Bilangan warna : Bebas
Motosikal OKU
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

TUGASAN 3
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN
PRODUK : SARUNG BUKU
SITUASI
Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak
bertemakan fiksyen sains.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku cerita
kanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
  1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.
  2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.
  3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan.
  4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan.
  5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.
  6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna.
  7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang.
  8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
  9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas yang bersesuaian
Ukuran : Panjang - 21cm, Lebar - 2cm, Tinggi - 30cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Bebas mengikut kajian
Sarung Buku
Nota:
  1. Hasil kerja hendaklah kemas.
  2. Teknik kolaj tidak dibenarkan.
TUGASAN 4
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA BINAAN

TUGASAN 5
BIDANG : KRAF TRADISIONAL DIMENSI BAHARU
TAJUK : TENUNAN
PRODUK : HIASAN DINDING

TUGASAN 6
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : REKA CORAK BAJU T

TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK IKLAN
PRODUK : RISALAH

TUGASAN 8
BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI
TAJUK : PERABOT
PRODUK : RAK BUKU KANAK-KANAK

TUGASAN 9
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : TABUNG DUIT

KREDIT TO Student Education Malaysia

0 comment... add one now