Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Permohonan online  SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam. 

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Untuk mendapatkan borang SPA8i secara online, sila KLIK DISINI
Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
http://4.bp.blogspot.com/_H0F_h4RqC5I/TUGm5EyRC2I/AAAAAAAAETs/VPiAQW2rTBE/s320/Suruhanjaya+Perkhidmatan+Awam+Malaysia+%2528SPA%2529.jpg

Syarat-syarat

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

* Syarat terkini SPA

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
 
Pemohon boleh mengemaskini SPA8i    dan menyemak    status permohonan
pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam


Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pautan Baru Borang SPA8i

* Berikut merupakan dua pautan baru bagi Borang SPA8i:
  • 1. Klik Putra 12 http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
    2. Klik Putra 2 http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Online

  • Sila klik http://e-semakan.spa.gov.my/
Semoga berjaya semua buat pemohon SPA online. 


{ 24 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 19 Januari, 2015
bagaimana nak isi kalau keputusan spm 2014 belum keluar lagi? boleh isi guna keputusan trial spm tak?
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Mei, 2015
x boleh kot..tgk klulusan spm
medynaizwanee medynaizwanee 04 September, 2015
kalau lupa password macam mana nak semak status? pihak spa ada hantar surat tak?
zuan eyo zuan eyo 10 September, 2015
knapa link ni x leh access eh. ada sape2 ad mslh sme x.
http://putra6.spa.gov.my/
roza rahman roza rahman 11 September, 2015
Ada limit umur ke nk isi spa ni??
mmicj mmicj 18 September, 2015
sme lha kita



MeL MeL 12 Oktober, 2015
boleh reset tu sis....
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Oktober, 2015
http://putra6.spa.gov.my x dpat access...pe hal lh spa ni..cm mna mau isi borang spa???? x phamm......!!!!!!
husnaa husnaa 06 November, 2015
xboleh access pun link spa ;-(
Rossa Calla Rossa Calla 06 November, 2015
sila klik 2 link terbaru SPA di Putra 2 dan Putra 12 yang disertakan di bawah artikel
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 November, 2015
Xbleh nak access pun link putra 2 n putra 12... Da blur da ni...hurmm..
Nur Afifa Nur Afifa 14 November, 2015
Kenapa x boleh access ye??nak log in baru x boleh n nak kemas kini pon x boleh.. ;(( ;-(
Asyikin Mili Asyikin Mili 15 November, 2015
Nk apply tp xboleh access link baru putra 2 & putra 12..
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 November, 2015
Awt server x boleh masok xtau...link buad x btol kot..MOHON PENCERAHAN BAGI PIHAK YANG TERBABIT..!!! Harap faham...
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Disember, 2015
mcm mne mohon pdrm nei.
Shafiqzakaria9243 Shafiqzakaria Shafiqzakaria9243 Shafiqzakaria 23 Disember, 2015
kalau spm saya result G semua disebabkan masa SPM dijalankan sy kemalangan koma seminggu&tidak boleh berfikir masa itu. sebab pendarahan otak. hanya duduk untuk hadirkan diri sahaja selepas keluar hospital tu boleh ke mohon dengan Result G SPM. saya minat sangat tentera/bomba&imigresen
Ahmad Amjad Ahmad Amjad 10 Januari, 2016
terbuka utk lepasan spm 2015 jg ke? sbb spm sy tamat pd 30 november 2015 -,-
JuLiA ErNa JuLiA ErNa 21 Januari, 2016
Da bekali2 cuba xley jgak....
Unknown Unknown 06 Mac, 2016
Kalau pernah kemalangn teruk smpai patah2 atau gangguan pada otak..mungkin susah nak masuk unit beruniform spt polis, bomba, tentera dll..rabun pun xboleh..kalau xdpt rzki tu pun insyaallah Allah aturkan yg lain utk kerjaya masa depan..apa2 pun kena ambil spm lain..
Atiey Chocola Atiey Chocola 15 Mac, 2016
kenapaaaa tak boleh access ;((
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 April, 2016
Assalammualaikum. Bagaimana pula jika. My id sudah wujud tapi tidak sah. Ada sesiap yg boleh beri penjelasan .. tolong orang susah ni
Unknown Unknown 22 Julai, 2016
mcm mna nk isi brng online??
MISS NURUL MISS NURUL 22 September, 2016
aah cane nx isi???xleh access
Abdul Nasir Abdul Nasir 09 November, 2016
sy nak tnya apa beza spa8 dgan spa8i? mohon penjelasan