Program My Lesen JPJ Bantu Penunggang Motorsikal Memiliki Lesen

Program My Lesen JPJ Dengan Diskaun 50 Peratus Mulai Mei 2014. Program My Lesen yang memberi peluang kepada 3.5 juta penunggang motosikal memiliki lesen bakal dilancarkan Mei ini.
Program My Lesen yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu memberi potongan harga 50 peratus bagi setiap permohonan dan ujian mendapatkan lesen motosikal.
Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Yusoff Ayob berkata, harga yang ditawarkan hanya RM198 berbanding RM350 hingga RM450 yang dikenakan institut memandu ketika ini.
Program My Lesen JPJ
Menurutnya, pihaknya mendapati kebanyakan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan belia yang berusia antara 16 hingga 30 tahun. 
Katanya, My Lesen adalah antara pendekatan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal akan diajar mengenai kaedah pemanduan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen -  myMetro
Terkini 2015 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan Program myLesen bagi memberi peluang kepada kira-kira 3.6 juta penunggang motosikal memiliki lesen terutama golongan belia dan remaja. Inisiatif ini diilhamkan JPJ bagi membantu orang ramai yang berusia 16 tahun ke atas untuk memiliki lesen menunggang motosikal sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng kenderaan terbabit. 

Ketua Pengarah, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata program itu akan dilancarkan pada bulan September ini dan kawasan Lembah Klang dipilih sebagai projek perintis kepada program terbabit. 

"Menerusi operasi yang kita jalankan banyak kesalahan yang dikesan dan antaranya tidak memiliki lesen dan kebanyakannya penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan remaja dan belia yang berusia antara 16 ke atas," - BH online



3 comments.. read them below or add one

Noor Suzila Noor Suzila 03 September, 2015
Selamat petang.. Boleh tnya..aktiviti untuk belajar di sedia kn setiap daerah ke hanya satu daerah saja...sekian terima kasih...
Rossa Calla Rossa Calla 03 September, 2015
Berikut disenaraikan senarai lokasi sekolah memandu yang menawarkan MyLesen
sila rujuk http://www.panduanmalaysia.com/2015/09/senarai-institut-sekolah-memandu-mylesen-jpj-2015.html
K SHUN K SHUN 08 Oktober, 2015
Untuk pemegang lesen L boleh apply?