Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM

Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (PISMP). Anda berminat menjadi guru atau cikgu? Jika ya, berikut disertakan syarat minimum terbaru kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) sesi 2016 atau bahasa mudahnya Syarat Jadi Guru. Kursus ini juga dikenali sebagai PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. KPLSPM atau PISMP adalah program yang sama. Untuk makluman kepada calon SPM, Kementerian Pendidikan akan menetapkan syarat kemasukan untuk pelajar mohon ke Institusi perguruan (IPG).
 


syarat kemasukan dan kelayakan ke maktab perguruan

Apa Itu PPISMP/ PISMP

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN MAKTAB PERGURUAN TERKINI

Berikut adalah syarat asas dan kelayakan beserta syarat pengkhususan permohonan ke IPG seperti dikongsikan dari Applikasi Permohonan.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG 2017

  • Warganegara Malaysia.     
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997.     
  • Sihat tubuh badan.     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.        
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah.

  • Lulus Bahasa Inggeris.     
    Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  1. Memenuhi syarat bidang pengkhususan di bawah ini.

Syarat Bidang Pengkhususan IPG 2017

Berikut adalah senarai lengkap Bidang Pengkhususan permohonan IPG mulai Ambilan Jun/ Julai 2017 :


syarat ipg 1

syarat ipg 2

syarat ipg 3

syarat ipg 4

syarat ipg 5

syarat ipg 6

syarat ipg 7

syarat ipg 8

syarat ipg 9

syarat ipg 10

syarat ipg 11

syarat ipg 12

syarat ipg 13


Nota :
1. *   Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
2. ** Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.


Semoga Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM ini bermanfaat buat semua pemohon yang ingin ke IPG tahun ini.

{ 21 comments.. read them below or add one }

احمد شكور احمد شكور 05 January, 2015
Slm,saye shukor...saye nk tanye saye layak x lgi untuk memohon maktab untuk tahun 2015???saye lahir pada bulan februari 1995...mohon penjelasan....
Rossa Calla Rossa Calla 17 February, 2015
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995
احمد شكور احمد شكور 19 February, 2015
Mknenye sye ni dh x lyk la utk mmohon??
Anonymous Anonymous 05 October, 2015
emm,bile nak memohon sesi2016
Xiiao mei Xiiao mei 23 October, 2015
hi, I'm Marygin Lim .. Can give more information of Ijazah Sarjana Muda Perguruan at my email..
xiiaomei2388@gmai.com .... phone number : 0105889522... im taking spm this years 2015.... i want to take kursus penguruan for next year 2016 .. I look forward to getting a favourable reply from you soon... Thank you
Anonymous Anonymous 25 February, 2016
Nak memohon jadi guru pendidikan khas result mesti 5A juga ke? Mohon penjelasan..
Pls email me at nollyjeirahabdullahdanatius@gmail.com..tq..
Amirul Aiman Amirul Aiman 29 February, 2016
laman web utk memohon ke maktab perguruan bagi sesi spm 2015 ape ???
Unknown Unknown 05 March, 2016
mohon pencerahan , lepasan stpm boleh mohon ? cara ?
Anonymous Anonymous 08 March, 2016
Syarat umum saya lepas tapi syarat khusus untuk pngajian bhasa inggeris saya dapat A- . Ada harapan untuk diterima atau tidak ? Adakah saya perlu cuba memohon juga ?
Anonymous Anonymous 08 March, 2016
Ohh ikut syarat tahun semasa..tapi jika syarat yg sama juga bgaimana? Minta pandangan.
hai rani hai rani 10 March, 2016
ada pembukaan untuk lepasan diploma x?
Anonymous Anonymous 11 March, 2016
Kalau keputusan spm 4a tak boleh mohon ke?
Nor Hafizan Nor Hafizan 15 March, 2016
kalau dpt untuk interview ipg..kalau x pergi x pe ker
...or akan dikenakan tindakan
Anonymous Anonymous 05 May, 2016
X pergi pon xpe.. Xde tindakan ape2 pon.. Tpi rugi la kalau x pergi.. Ramai yg bersungguh2 nk masuk tp x dpt interview.. Nasihat sy pergi je.. Dptkan pengalaman..
ISTOYR TOUI ISTOYR TOUI 16 August, 2016
kalau lepasan stpm takde ke untuk ke ipg ?
Syahirul Naim Syahirul Naim 01 December, 2016
Kalau nak masuk cikgu kena azam kuat cabaran dia bukan sebarangan...5A je dh cukup tok survive dia xtgk pun korang straight or x...kalau 5A tapi attitude like a teacher...you will get...tpi kouta setiap tahun makin kecil...so gudluck
Syadilah Ilah Syadilah Ilah 15 January, 2017
saya ingin mnjadi guru math, ttpi saya mngambil aliran akaun dan sya jgk x mngambil subjek alektif add math, sebab skolah sya mmg x ditawarkn mngambil subjek addmath bagi aliran akaun,but my result spam is A+, so sya ingin bertanya boleh kah saya mnjadi guru math?
Norhafizah Norhafizah 20 March, 2017
Kalau saya dapat 4a1Btboleh x saya mohon ipg