Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Maktab Perguruan. Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU untuk memasuki Institut Pendidikan Guru atau IPG, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.
Contoh Soalan UKCG
UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS. 


 Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL . 

 Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
 Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali 
Pendidikan Jasmani.
 Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan 

Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) mengandungi 4 bahagian iaitu –
  1. Tekan Tubi Tanpa Henti (menggantikan Lompat Quadrant)
  2. Bangkit Tubi Variasi
  3. Jangkauan Melunjur (menggantikan Kilas Sisi), dan
  4. ‘Bleep Test’

C. SESI UJIAN AMALI. 

 Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3.  SESI TEMU DUGA

 Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 

 Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

Contoh Soalan UKCG

1)  Isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa? 
2) PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP 
3) 1Malaysia - apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia. 
4) Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran. 
5) Apakah cabaran guru? 
6) Simple question-kenapa minat jadi cikgu? 
7) Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari 
8) Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan 
9) Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang. 
10) Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Abu Farhi












Nota Peringatan: Soalan ini bukan soalan sebenar, sekadar perkongsian dan panduan sahaja.

3 comments.. read them below or add one

Azura Ayu Azura Ayu 06 April, 2016
Semoga sy berjaya .insya allah
siti khadijah siti khadijah 24 November, 2016
salam,nak tnya..ujian medsi ni dia akan tnya berkaitan dengan course yang kita dapat atau soalan umum ea?