Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Untuk Kemasukan Ke IPG

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk panggilan UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) untuk permohonan kemasukan ke IPG 2016. Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG yang terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

i. Sesi Ujian Bertulis. 

a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
Panduan ukcg

ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal 

  • a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) mengandungi 4 bahagian iaitu –
  1. Tekan Tubi Tanpa Henti (menggantikan Lompat Quadrant)
  2. Bangkit Tubi Variasi
  3. Jangkauan Melunjur (menggantikan Kilas Sisi), dan
  4. ‘Bleep Test’

iii. Sesi Ujian Amali. 

  • a. Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

CONTOH SOALAN UKCG DI SINI


SESI TEMU DUGA 

  • Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM GURU TAJAAN KPM BAGI LULUSAN SPM 2014:

Penampilan dan pakaian lelaki dan perempuan:

- Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan T-shirt putih yang berkolar bagi lelaki / T-shirt putih lengan panjang bagi perempuan. SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN.
- Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
- Lelaki mesti berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.Bagi perempuan bertudung mesti memakai tudung gelap/hitam/ berambut kemas serta diikat rapi.

SOLAN LAZIM mengenai pakaian yang telah ditetapkan:

1. Tidak perlu memakai pakaian formal ke semasa mengambil ujian bertulis UKCG?  
2.  Kena berkolar ke bagi lelaki?
3.  Mesti ke memakai T-shirt putih dan bukannya memakai pakaian formal seperti baju kurung, kemeja dan  sebagainya?
4. Perlu bawa apa semasa ujian bertulis?

JAWAPAN:

Seperti yang tertera pada surat panggilan UKCG, calon mesti berpakaian T-shirt putih dan track bottom seperti yang sedia maklum. Tidak perlu keliru dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Tidak perlu berpakaian formal semasa mengambil ujian bertulis kerana tidak dinyatakan dalam surat. Bagi calon lelaki, sebaiknya memasukkan baju dalam seluar supaya kelihatan lebih kemas.

Barangan atau alatan yang perlu dibawa semasa  ujian bertulis:
a. Kad pengenalan/ MyKad dan Surat Beranak
b. Surat panggilan UKCG
c. Slip kehadiran perlu diserahkan kepada Pengawas/ pengawal di pusat ujian
d. Pensel 2B dan pemadam.

{ 7 comments.. read them below or add one }

amirul roket amirul roket 25 March, 2015

Anda telah Log Keluar. Terima kasih kerana menggunakan sistem ini. Sila Log Masuk semula dengan klik Halaman Utama pada Menu jika ingin membuat kemas kini permohonan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

kenapa saya punya macam ni ?
Rossa Calla Rossa Calla 25 March, 2015
maaf, adakah anda telah terpilih ke UKCG 2015?
Mohd Adenan Mohd Adenan 25 March, 2015
napa x leh check UCKG ni....mmmmmm
kinimitsu tazuka kinimitsu tazuka 28 March, 2015
Apa ya contoh soalan amali bagi pendidikan islam ?
MOHD TAMSIR ALI MOHD TAMSIR ALI 06 April, 2016
maksudnya calon hanya perlu berpakaian sukan T shirt putih , track hitam dan berkasut sukan sahaja.. boleh..?
T shirt putih ada color warna sikit boleh ke ( dah tersalah beli T shirt badminton) atau mandatory putih bersih
Siti Aisyah Siti Aisyah 06 April, 2016
salah password tu. aku pun mcam tu jga