Petua Hilangkan Jerawat Cara Mudah Dan Berkesan

Cara Menghilangkan Jerawat. Berikut dikongsikan Petua Hilangkan Jerawat Cara Mudah Dan Berkesan. Hampir semua remaja pernah me­ngalami masalah jerawat. Jerawat juga meng­ganggu kehidupan orang dewasa dengan peratusan berbeza iaitu lebih 40 peratus bagi kalangan berumur 20 hingga 29 tahun dan 20 peratus bagi mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun. Malah, 15 peratus mereka yang berusia 40 tahun masih dirundung masalah je­rawat.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan Berkesan

Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila usia semakin dewasa, didapati lebih ramai wanita me­ngalami masalah ini berbanding lelaki. Petua tradisional merupakan cara terbaik menghilangkan jerawat paling berkesan dan mudah.
jerawat
Untuk berusaha menghilangkan parut jerawat, sikap putus asa harus diketepikan. Selain menjaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan kulit, krim atau gel bagi mengurangkan kesan parut juga diperlukan bagi mendapatkan hasil lebih berkesan.

Ramai wanita yang berjaya keluar daripada belenggu masalah jerawat, tetapi terpaksa menanggung parut yang mencacatkan penampilan wajah.

Apa itu jerawat?

Jerawat ialah satu keadaan kulit di mana terjadinya perubahan seperti berikut:
  • Bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan)
  • Jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana)
  • Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk)

    Apakah rawatan jerawat yang ada?

    Ubat-ubat jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:
    • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
    • Ubat makan (pil, kapsul)

    Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:
    • Emollients
    • Benzoil peroksida, asid salisilik
    • Hormon, termasuk pil perancang keluarga
    • Antibiotik
    • Retinoids - seperti Isotretinoin
    • Steroids

    Berapa lamakah rawatan jerawat?

    Keberkesanan rawatan boleh dilihat dalam jangka masa 3 bulan. Namun demikian, bagi kes jerawat yang teruk, ia boleh mengambil masa sehingga 5 bulan untuk melihat keberkesanan ubat yang diberikan.

    Adakah rawatan yang diberikan mempunyai kesan sampingan?

    Ya, kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
    • Kulit menjadi gatal, kering, merah, menggelupas, berkuping, radang
    • Sakit perut, cirit birit
    • Loya, pening, sakit kepala
    • Sensitif terhadap cahaya matahari
    • Gigi menjadi kuning

    Retinoids menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk berbanding ubat-ubatan yang lain memandangkan ia adalah ubat anti-radang yang sangat kuat kesannya.

    Adakah perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang mendapat jerawat?

    Ya, anda tidak boleh:
    • Memicit jerawat (ini mungkin menyebabkan parut yang berkekalan)
    • Menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum tamat tempoh rawatan
    • Mendedahkan diri anda secara langsung kepada cahaya matahari
    • Minum minuman beralkohol

    Ubat-ubatan untuk rawatan jerawat - fungsi dan contoh.

    JenisFungsiContoh
    Emollients
    • Mencairkan sisa/daki(terutama di zon T yang berminyak)
    • Menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma
    • Menghasilkan kulit yang licin dan lembut
    • Mengekalkan lembapan di kulit
    Balneum
    jerawat2
    Benzoil peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilikMembunuh bakteria, seterusnya menghalang pembiakan bakteria
    • Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)
    • Clearasil (Benzoic acid)
    • Palmer's skin success acne medication (salicylic acid)

    ubat jerawat
    Hormonal
    • Mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak
    • Menghalang penghasilan minyak
    Diane 35
    Antibiotik
    • Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
    • Menghalang pembiakan bakteria
    • Mengurangkan kemerahan dan bengkak
    • Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
    • C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
    Retinoids
    • Menghalang liang roma dari tersumbat
    • Memberi kesan anti-radang
    • Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
    • Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)
    Steroids
    • Mengurangkan keradangan


    MyHealth


    Berikut pula adalah lapan petua tradisional untuk menghilangkan jerawat yang boleh dicuba yang dikongsikan dari tips hilangkan jerawat muka.

    1. Daun Sirih.

    • Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering sendiri.

    2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup

    • Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.

    3. Air Basuhan Beras

    • Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.

    4. Air Kelapa Tua

    • Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan menggunakan air kelapa tua. Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

    5. Tepung Kanji

    • Larutkan sedikit tepung kanji dan sapukan di sekeliling jerawat yang timbul. Cara ini membolehkan pertumbuhan jerawat akan terhenti tanpa meninggalkan kesan bintik hitam di muka.

    6. Daun Teh

    • Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian didihkan. Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.

    7. Putih Telur Ayam Kampung

    • Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

    8. Kulit Kayu Manis

    • Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

    Semoga Petua Hilangkan Jerawat Cara Mudah Dan Berkesan di atas ini mampu mengatasi masalah jerawat anda.

    0 comment... add one now