Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Online. Anda berhasrat untuk memiliki rumah di tanah sendiri? Jika Ya, maka program pemilikan rumah mampu milik dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah peluang buat anda untuk memiliki rumah sendiri. RMR1M diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Permohonan RMR1M SPNB
Dipetik dari Manual Pengguna, proses permohonan kini ditambah baik dengan pengenalan Sistem RMR1M Online. Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan RMR1M oleh orang awam di seluruh negara. Dengan sistem ini, orang awam tidak perlu mendapatkan borang RMR1M di SPNB melalui Wakil Rakyat. Sebaliknya mereka boleh mendapatkan terus borang permohonan tersebut di Pejabat Wakil Rakyat masing-masing secara online.

Setiap Wakil Rakyat akan diberi nama login dan kata laluan untuk mengakses
RMR1M online dan mencetak borang tersebut serta mengisi data permohonan ke sistem tersebut. Maklumat tersebut akan terus disalurkan kepada sistem data SPNB untuk diproses dan status permohonan mereka akan dimasukkan ke dalam RMR1M online untuk disemak oleh pemohon di Pejabat Wakil Rakyat tersebut.

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M)

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan RMR1M :-
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

CARA BUAT PERMOHONAN RMR1M

permohonan rmr1m langkah 1

permohonan rmr1m langkah 2

JENIS DAN CIRI RUMAH RMR1M

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 1000KPS

  • Harga     RM65,000
  • Keluasan     1,000 kps
  • Bilik     3 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan     RM20,000
  • 2% kadar faedah pinjaman

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 850KPS

  • Harga     RM55,000
  • Keluasan     850 kps
  • Bilik     3 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan     RM17,500
  • 2% kadar faedah pinjaman

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 700KPS

  • Harga     RM45,000
  • Keluasan     700 kps
  • Bilik     2 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan     RM15,000
  • 2% kadar faedah pinjaman

Cara Hubungi SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur
Tel: 1300-80-3838
Fax : 603-2681 0170
Email : aduan@spnb.com.my

Semoga panduan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Online ini bermanfaat. Jika inginkan maklumat terkini sila layari Laman Web SPNB di http://www.spnb.com.my/.


0 comment... add one now