Permohonan Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 IPTA Dan Politeknik

Cara Buat Permohonan Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2017/ 2018 Online. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/ UA dan Politeknik sesi 2017/ 2018. Kepada pemohon UPU yang gagal, anda masih berpeluang mendapat tawaran dengan membuat permohonan rayuan UPU 2017 secara online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Rayuan UPU sesi 2017/ 2018 untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

Permohonan Rayuan UPU online

Cara Membuat Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 Online

Hanya calon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan. Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan rayuan UPU sesi 2017/ 2018 :-

Tarikh Permohonan Dan Semakan eRAYUAN UPU 2017

15 hingga 21 Mei 

  • Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

21 Mei 2017 (1159 malam)

  • Permohonan UPU Online Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

11 hingga 17 Jun

Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

1 hingga 5 Ogos

  • Permohonan UPU Online Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

6 hingga 12 Ogos

  • Permohonan UPU Online Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

20 hingga 26 Ogos


  • Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

10 hingga 16 September


  • Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf 

Nota

Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Applikasi Rayuan UPU Online

Pemohon dikehendakli melayari applikasi rayuan UPU untuk membuat rayuan.
Pada Laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem.

Selamat membuat Permohonan Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 IPTA Dan Politeknik. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA (IPTA) dan IPT yang dihajatkan. Semoga berjaya.

0 comment... add one now