Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA

Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA. Sebagai persediaan untuk permohonan kemasukan ke UA, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU, berikut adalah Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA yang dikongsikan dari Portal Rasmi UPU.
* FAQ untuk kemasukan 2015/ 2016
* FAQ untuk kemasukan UPU 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Permohonan UPU ke IPTA, Politeknik dan ILKA Sesi 2016/ 2017 online - sila klik Permohonan UPU online

SOALAN 1:

Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dalam pembangunan pendidikan?

JAWAPAN 1:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan   Tinggi   (KPT)   yang   menyelaras   permohonan   kemasukan   ke
Program  Ijazah  Pertama,  Asasi,  Diploma  dan  Sijil bagi Pelajar  Lepasan STPM/  Setaraf dan SPM/  Setaraf ke Universiti Awam  (UA), IPTA/  Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)


FAQ UPU


SOALAN 2:

Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam?

JAWAPAN 2:

Dasar  pengambilan  dan  pemilihan  kemasukan  ke Universiti  Awam  (UA),
IPTA/ Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah    selaras    dengan    dasar    kerajaan    bagi    merealisasikan    Bidang
Keberhasilan  Utama  Kementerian  (MKRA)  iaitu meningkatkan  akses  dan
ekuiti  dalam  pendidikan  pengajian  tinggi    kepada  rakyat  melalui
prinsip meritokrasi dengan  mengguna  pakai 90%  markah  akademik  dan  10% markah  kokurikulum. 


Penentuan  nilai  merit  dilaksanakan  tanpa  mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya


SOALAN 3:

KPT telah  mengambil  pendekatan  dan  inisiatif  dalam  menyebar  luas
maklumat  kemasukan  ke UA melalui  penganjuran  Karnival  Pendidikan
Tinggi    Negara    (KPTN),  “Jom  Masuk  IPT” pada    setiap    tahun.
Bagaimanakah program ini  dapat  membantu  pelajar  dalam  mencapai
cita-cita   yang   akhirnya   mencorakkan   negara   dengan   pembangunan
modal insan yang seimbang?

JAWAPAN 3:

Karnival  Pendidikan  Tinggi  Negara  (KPTN) adalah  sebagai  platform  untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi  dalam  talian  (20  kiosk  permohonan  disediakan  kepada  pemohon  di tapak    karnival),    khidmat    runding    cara    bersama    pegawai    daripada Kementerian, UA,  IPTA dan  ILKA  serta  edaran  bahan  bercetak  mengenai institusi,   program   pengajian,   sistem   dan   prosedur   permohonan.   Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan  Tinggi  (BPKP,JPT)  juga  telah  mengambil  pendekatan  proaktif  dengan    memperkenalkan    akses    komunikasi    secara    maya    bersama masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT –FB rasmi UPU’ di laman  sosial Facebook.  KPM  juga  melaksanakan  taklimat  dan  seminar  di sekolah  kepada  pelajar  dan  kaunselor. UA/
IPTA  juga  turut  bersama  turun padang menjalankan promosi bersama-
sama Kementerian.


SOALAN 4:

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
Universiti Awam/ IPTA?

JAWAPAN 4:

Permohonan kemasukan ke IPTA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian
sepenuhnya  melalui  laman  web http://upu.mohe.gov.my dan  permohonan
dibuka pada 19 Januari hingga 6 April 2015.


SOALAN 5:

Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID
tersebut?

JAWAPAN 5:

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ KK/ ILKA melalui
Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN),
di  mesin  ATM  BSN  atau  menggunakan  perkhidmatan  SMS Banking
(bagi pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan permohonan
disiarkan.


Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :

Kategori A

(RM15.60) : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA ,

Kategori B

(RM15.60) : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi

SOALAN 6:

Semasa   mengisi borang permohonan dalam   talian,   pemohon   telah
membuat  kesilapan  dalam  mengisi  jenis  kategori.  Adakah  permohonan
tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?

JAWAPAN 6:

Ya,  masih  diproses.  Walau  bagaimana  pun  pemohon  perlu  memaklumkan
kepada   pihak   BPKP,   JPT terlebih   dahulu di   talian   hotline   03-8870 6767
/6777/6766/6755 kerana   kesilapan   dalam   mengisi   kategori   akan
menyukarkan proses permohonan.


SOALAN 7:

Adakah    pemohon    perlu    sertakan    salinan    sijil    sebagai    bukti
mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

JAWAPAN 7:

Pemohon   tidak   perlu   sertakan   salinan   sijil   tersebut   kerana   maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan   Tinggi   (KPT)   kecuali   bagi   pemohon   lepasan
Diploma/Setaraf dan  Lepasan  SPM  bagi  kategori  C  masih  perlu  kemukakan
dokumen sebagai bukti.


SOALAN 8:

Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke
UA/ IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

JAWAPAN 8:

Calon  Bukan  Warganegara  tidak layak memohon  kemasukan  ke UA/ IPTA
bagi Program  Pengajian  Lepasan  SPM/Setaraf kerana  ia hanya  terbuka
kepada  Warganegara  Malaysia  sahaja.  Bagi  program  Pengajian  Lepasan
STPM/Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara
Malaysia.  Calon perlu  memohon  terus  kepada UA/ IPTA  pilihan masing-masing melalui  Bahagian  Akademik  dan  Kemasukan  dengan  menggunakan
borang    khas    yang    disediakan    oleh UA/ IPTA    berkenaan.    Walau
bagaimanapun,  pemohon  bertaraf  Penduduk  Tetap  boleh  memohon  melalui
Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my


SOALAN 9:

Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?

JAWAPAN 9:

Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.


SOALAN 10:

Adakah    pemohon    diberi     peluang    untuk    membuat    kemaskini
permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

JAWAPAN 10:

Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan masih dibuka iaitu dari 19 Januari
hingga 6 April 2015.


SOALAN 11:

Adakah   pemohon   perlu   menghantar   salinan   borang   permohonan
bersama dokumen sokongan ke UA/ IPTA pilihan?

JAWAPAN 11:

Hanya    bagi    Kategori    Diploma/Setaraf    (Program    Pengajian    Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah  Pertama)  dan  Kategori  C  bagi  Program  Pengajian
Lepasan  SPM/Setaraf  sahaja  yang  perlu  menghantar  salinan  dan  dokumen
tersebut.  Pemohon  perlu  mencetak  maklumat  permohonan  dan menghantar bersama-sama  dengan  salinan  dokumen  berketerangan  sendiri  yang  telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.


SOALAN 12:

Setiap  pemohon  perlu  memenuhi  Syarat  Am  dan  Syarat  Khas  Program
Pengajian  sebelum  mengemukakan  permohonan.  Di manakah  semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?

JAWAPAN 12:

Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-panduan    kemasukan    di http://upu.mohe.gov.my dan    pemohon    perlu
memastikan  mereka  memohon  program  pengajian  yang  mengikut  aliran
masing-masing  semasa  menduduki  peperiksaan  SPM.  Contohnya,  pelajar
aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.


SOALAN 13:

Adakah   pemohon   layak   mengemukakan   permohonan   ke UA/ IPTA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2014)?

JAWAPAN 13:

Ya,  pemohon masih  layak  memohon.  Kategori  permohonan  adalah  seperti
berikut:

Kategori A: 

Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014
sahaja.

Kategori B:

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau 2013.

Kategori C:

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

Kategori  D:

Pemohon  yang  menggunakan  keputusan;  SPM  2011 dengan  sijil ulangan  SPM  2012  atau,  SPM  2012  dengan  sijil  ulangan SPM 2013 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014.

SOALAN 14:

BPKP,  JPT  adalah Pusat  Pengambilan  Setempat  ke IPTA  (politeknik) selain  kemasukan  ke Universiti  Awam  (UA). Apakah  syarat  kemasukan ke IPTA
tersebut?

JAWAPAN 14:

Syarat   kemasukan   ke IPTA bergantung   kepada   kursus   dan   peringkat
pengajian.  Secara  umumnya,  pemohon  mestilah  warganegara  Malaysia  dan
lulus  SPM.  Bagi  kursus  peringkat  diploma,  pemohon  mestilah  mendapat
sekurang-kurangnya   lima         kepujian         termasuk        matapelajaran
matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon
perlu mendapat kepujian    sama    ada    matematik/matematik    tambahan    atau matapelajaran  sains/teknikal/vokasional/sastera.Maklumat  secara  terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my


SOALAN 15:

Bagaimanakah    pemohon    boleh    mendapatkan    status    keputusan
permohonan  kemasukan  ke UA/ IPTA  bagi  program  Pengajian  Lepasan
STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?

JAWAPAN 15:

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA melalui 3 kaedah berikut :

i.Internet :

  • http://upu.mohe.gov.my
  • http://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my

ii. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888

iii. Telefon :

Helpline 03-8870 6777
Talian Am 03-8870 6755 / 6766
Hotline UPU 03-8870 6767


SOALAN 16 :

Setelah  membuat  semakan  status  keputusan  permohonan  ke UA/ IPTA,
keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem.
Mengapakah perkara ini berlaku?

JAWAPAN 16:

Perkara  ini  berlaku  kerana  pemohon  tidak  mengemukakan  permohonan  dan setiap  permohonan  perlu ‘Klik’ Sah  & Hantar.  Oleh  yang  demikian,  setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

SOALAN 17:

Mengapakah  pemohon  ditawarkan  ke  program  bukan  dalam  pilihan
semasa mengemukakan permohonan?

JAWAPAN 17:

Pemohon  telah  bersetuju  pada  ruangan  penyataan  khas  untuk  menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).


SOALAN 18:

Adakah  pemohon  yang  mendapat  PNGK tinggi  akan  ditawarkan  kursus
luar  pilihan  sekiranya  pemohon  menyatakan  “tidak”  di  ruangan
penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan?

JAWAPAN 18:

Pemohon  tidak  akan  ditawarkan  kursus  luar  pilihan jika  menyatakan
‘Tidak’. Pemohon perlu  membuat  rayuan  semasa  permohonan e-rayuan  melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.


SOALAN 19:

Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian
yang  sama,  adakah  pemohon  berpeluang  untuk  mendapat  program
pengajian tersebut?

JAWAPAN 19:

Kejayaan  mendapat  tawaran  tertakluk  memenuhi  syarat  dan kekosongan
tempat.   Pemohon dinasihatkan   memohon   program   lain.   Pemohon   juga
dinasihatkan  agar  tidak  melepaskan  peluang  untuk  belajar  dalam  program
-program  kemahiran  kerana  peluang  untuk  belajar  bidang  kemahiran  adalah sangat  besar  dan  peluang  pekerjaan  juga  adalah  luas  seperti  di  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.


SOALAN 20:

Mengapakah  pemohon  yang  mendapat  PNGK  tinggi  tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?

JAWAPAN 20:

Kejayaan  pemohon untuk  memperoleh  tempat  bergantung  kepada  susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak  begitu  tinggi  dan  memohon  program  pengajian  kompetitif,
berkemungkinan  besar  pemohon tidak  terpilih  untuk  ditawarkan  program
pengajian  dalam  pilihan  mereka.  Begitu  juga  jika  pemohon hanya  memohon di Universiti  Awam yang  popular,  pemohon akan  menghadapi  persaingan yang  tinggi  dan  akhirnya  tidak  mendapat  apa-apa  tawaran  daripada UA berkenaan.  


Kementerian  Pendidikan  Tinggi  (KPT)  amat  prihatin  dengan  pemohon
yang memperoleh  merit  tinggi  tetapi  tidak  mendapat tawaran  di  mana-
mana UA. 


Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga  (3)  bidang
pilihan  pemohon semasa  mengemukakan  permohonan.  Tawaran  tersebut
tertakluk  kepada  kekosongan  tempat  di UA dan penyataan  “setuju  terima”
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka.


Pemohon yang  tidak  berjaya  ditawarkan  ke  mana-mana UA boleh mengemukakan rayuan. Antara  beberapa sebab  mengapa  pemohon  tidak  ditawarkan  ke mana-mana UA adalah kerana:

  • 1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
  • 2. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
  • 3. Permohonan tidak lengkap
  • 4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
  • 5. Memohon program luar bidang aliran
  • 6. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
  • 7. Pemohon sedang belajar
  • 8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
  • (bagi kategori STPM/Setaraf) 

Soalan Lazim Permohonan UPU Ke IPTA/ UA sesi 2016/ 2017 akan dikemaskini selepas permohonan di buka pada tahun 2016 nanti.

0 comment... add one now