Stadium Baru JDT Stadium Sultan Ibrahim Larkin

Lokasi Stadium Baru JDT Di Nusajaya. Umum peminat bolasepak pasukan JDT sedia maklum yang sebuah stadium bolasepak baru dengan kapasiti 40,000 hingga 50,000 penonton bakal dibina di Nusajaya (Kini dikenali sebagai Iskandar Puteri). JDT bakal mempertahankan kejuaraan Liga Super 2016 tahun ini. Satu Majlis Pecah Tanah Bandar Sukan JDT oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah diadakan pada hari Sabtu, 30hb Januari 2016 bertempat di kawasan berhadapan Rumah Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri. Lokasi majlis adalah di 1°28'36.5"N 103°36'52.9"E. Difahamkan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selepas Tahun Baru Cina 2016 oleh pemaju, Forest City.
Gambar rekabentuk dan konsep Stadium Baru JDT - Klik Stadium Baru JDT
Stadium Sultan Ibrahim Larkin, nusajaya

Informasi Stadium Sultan Ibrahim Larkin

Buat peminat Harimau Selatan, berikut adalah intipati penting berkenaan pembinaan stadium baru JDT dari wawancara bersama DYAM Tunku Mahkota Johor bersama dengan media dan penyokong pada 27 Januari 2016 :-
  1. Kerajaan Negeri telah mengurniakan seluas 70 ekar di mana 35 ekar tanah akan digunakan untuk pembinaan stadium baru di Nusajaya dan selebihnya untuk projek Bandar Sukan JDT yang merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang ragbi, tenis, futsal dan lain-lain jenis sukan. 
  2. Anggaran kos pembinaan stadium baru adalah lebih kurang RM180-200 juta. Ibu pejabat JDT, tempat letak kenderaan dan apa jua perkara atau masalah yang kita hadapi di stadium sekarang, telah dikaji dengan mendalam dan kita akan pastikan masalah tersebut diatasi. 
  3. Nama stadium baru adalah Stadium Sultan Ibrahim Larkin. Apabila stadium berkenaan sudah siap, JDT II akan bermain di Stadium Larkin (sekarang ini), manakala JDT III dan IV akan berada di Pasir Gudang, dan kita akan menggunakan stadium baru itu untuk pasukan utama. 

Akademi Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Selain pembinaan stadium baru, Akademi bolasepak Johor Darul Ta'zim juga akan dibina tetapi di lokasi berlainan iaitu di Kulai, Johor di mana pembinaannya akan dimulakan tidak lama lagi. Akademi tersebut akan mempunyai sembilan bangunan utama, 13 padang bolasepak, satu padang tertutup dan sebuah mini stadium. Bangunan-bangunan utama yang akan didirikan adalah seperti pejabat, kompleks sukan serbaguna, suite khas untuk pemain profesional, asrama pemain, apartment jurulatih, klinik, kafe dan bengkel latihan.
pelan akademi bolasepak jdt, kulai
Semoga pembinaan Stadium Baru JDT di Nusajaya serta Akademi Bolasepak JDT ini mampu menaikkan lagi mutu bolasepak di Johor dan Malaysia.

Kredit FB JST

0 comment... add one now