Resepi Kuih Talam Keladi Sedap

Resepi Kuih Talam Keladi Yang Sedap. Kuih Talam adalah salah satu kuih yang diminati di Malaysia kerana kepelbagian rasa dan bentuk serta jenis. Antara kuih talam yang diminati adalah dari jenis talam tradisional dan moden iaitu talam jagung, talam pandan, talam pisang, talam berlauk, talam cendol, talam Tokyo, talam ubi, talam serunding dan banyak lagi. Untuk kali ini, dikongsikan resepi Talam Keladi yang sedap untuk peminat kuih talam.

kuih talam keladi sedap

Menurut Wikipedia, Kuih Talam adalah :-
Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.
Kuih lapis dipotong berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat
Kuih lapis dipotong berbentuk segi tiga dan bulat.

Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.

Resepi Kuih Talam Keladi Sedap

Berikut dikongsikan salah satu jenis kuih talam yang popular di Malaysia iaitu Kuih Talam Keladi.

Bahan-Bahan

  • 1 biji keladi
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung gandum     
  • 2 cawan gula
  • 5 biji telur
  • Pewarna ungu dan kuning
  • Garam

Cara Membuat Kuih Talam Keladi

  1. Untuk lapisan bawah, rebus keladi hingga masak. Apabila empuk, tumbuk hingga halus.
  2. Gaulkan bersama secawan santan, tepung gandum dan garam. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
  3. Untuk lapisan atas, gaulkan tepung jagung, telur, secawan santan dan gula hingga sebati.
  4. Warnakan 3/4 bahagian adunan dengan warna ungu manakala selebihnya dicampur pewarna kuning.
  5. Tuang ke dalam lapisan bawah yang sudah dikukus tadi secara berselang-seli. Kukus hingga masak.
Sumber Majalah Perempuan Disember 2000

Semoga anda boleh mencuba nanti Resepi Kuih Talam Keladi yang Sedap ini.



0 comment... add one now